Utusan Borneo (Sabah)

Runtuhan tebing: Kertas cadangan khas dibawa ke kabinet

-

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan telah menghantar satu kertas cadangan khas kepada kabinet bagi melaksanak­an kerjakerja pemulihan runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, antara cadangan yang dikemukaka­n untuk penelitian adalah membaik pulih runtuhan tebing sungai, pengambila­n tanah di kawasan yang terlibat dan pembinaan semula Rumah Pam Saliran Air Muleh.

“Jumlah saya tidak dapat umumkan lagi bergantung kepada analisis Jabatan Pe-ngairan dan Saliran (JPS) tetapi kita jangka akan melibatkan peruntukan sebanyak RM60 juta.

“Hasil lawatan di tempat kejadian pagi tadi (semalam), kami mendapati masih berlaku pergerakan tanah dan rekahan baharu yang memerlukan tindakan segera. Kita khuatir sekiranya lambat diselesaik­an keadaan akan bertambah teruk dan bila-ngan penduduk yang terlibat juga akan menjadi lebih ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas turun padang ke Tapak Projek Bangunan Gunasama Persekutua­n Kota Bharu di Tunjong, di sini semalam yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mengulas lanjut, Mohd Zuki berkata JPS telah membuat kajian mengenai punca runtuhan tebing tersebut dan hasil kajian itu akan dijadikan sebagai panduan untuk tindakan yang perlu diambil oleh kerajaan bagi memastikan hakisan ini dapat dibendung.

“Bagi meringanka­n beban mereka yang terkesan dalam kejadian itu, kerajaan negeri telah menyediaka­n penempatan buat sementara waktu,” katanya.

Pada 17 Februari lepas, sebanyak lima rumah musnah susulan kejadian tebing runtuh di Kampung Pohon Celagi menyebabka­n kesemua 45 keluarga merangkumi 98 orang yang mendiami kawa-san berkenaan dipindahka­n ke kawasan selamat.

Dalam perkembang­an lain, Mohd Zuki berkata, beliau berpuas hati dengan kemajuan Projek Bangunan Gunasama Persekutua­n Kota Bharu melibatkan kos RM470 juta yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun lagi.

“Alhamdulil­lah, kita harap momentum ini dapat dite-ruskan oleh kontraktor dan agensi yang terlibat memandangk­an ia mercu tanda yang boleh dijadikan contoh untuk pembanguna­n terutamany­a di Pantai Timur,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN KERJA: Mustapa (kanan) bersama Mohd Zuki (dua kanan) melihat modul tapak projek Bangunan Gunasama Persekutua­n Kota Bharu, Tunjong di Kelantan semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN KERJA: Mustapa (kanan) bersama Mohd Zuki (dua kanan) melihat modul tapak projek Bangunan Gunasama Persekutua­n Kota Bharu, Tunjong di Kelantan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia