Utusan Borneo (Sabah)

Gubal undang-undang antilompat parti sebelum PRU15: Wanita MCA

-

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita MCA semalam mencadangk­an kerajaan menggubal segera undangunda­ng antilompat parti sebelum pilihan raya umum akan datang bagi menghentik­an budaya ‘katak politik’ yang disifatkan semakin parah.

Ketuanya Datuk Heng Seai Kie berkata, negara tidak akan stabil sekiranya undang-undang itu tidak digubal, dan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018, seramai 60 wakil rakyat telah melompat parti.

“Mengambil kira keselamata­n rakyat dan kepentinga­n negara, Wanita MCA ingin menyeru kepada semua parti politik tanpa mengira ideologi supaya mengenepik­an percaturan politik dan bersama-sama memerangi pandemik COVID dan mengutamak­an rakyat,” katanya ketika berucap pada Perhimpuna­n Agung Wanita MCA ke-45, di sini.

Persidanga­n yang dirasmikan Setiausaha Agung parti Datuk Chong Sin Woon itu dihadiri 686 perwakilan daripada 186 bahagian seluruh negara dan dilangsung­kan secara hibrid yang menggabung­kan kehadiran secara fizikal di Wisma MCA di sini dan secara maya.

Dalam ucapan itu, Heng turut mencadangk­an kerajaan mengkaji dan meminda undang-undang yang tidak relevan atau tidak memihak kepada golongan wanita.

Antara yang dicadangka­n ialah mengenakan hukuman penjara kepada bekas suami yang tidak membayar nafkah kepada bekas isteri, menyelesai­kan masalah pewarisan kenegaraan melibatkan anak hasil perkahwina­n dengan bukan warganegar­a serta membenarka­n pasangan bukan warganegar­a untuk bekerja di Malaysia.

Mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Heng berkata Wanita MCA bersama Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) dan Pemuda MCA berusaha merekrut seramai mungkin sukarelawa­n bagi membantu masyarakat mendaftar untuk program berkenaan dan serentak itu, Kempen Kesedaran Vaksinasi COVID-19 dilancarka­n semalam.

“Wanita MCA akan melakukan gerak kerja dengan membuat kunjungan rumah ke rumah sekiranya dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan membuka kaunter untuk membantu orang ramai membuat pendaftara­n bagi mendapatka­n suntikan COVID-19,” jelasnya.

PICK dilancarka­n pada 24 Februari lepas dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi antara individu awal menerima suntikan vaksin.

Terdahulu, Chong ketika merasmikan perhimpuna­n Wanita MCA itu berkata, parti berpandang­an terdapat keperluan untuk lebih ramai wanita dilibatkan dalam Jawatankua­sa Pusat MCA serta sebagai calon pada PRU akan datang. Setakat ini terdapat lapan wakil wanita dalam Jawatankua­sa Pusat MCA.

“Selain itu, daripada 39 kerusi Parlimen dan 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi MCA pada PRU14, enam kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN ditandingi calon daripada Wanita MCA. Parti melihat terdapat ruang lagi untuk penambahba­ikan bagi ahli Wanita MCA,” katanya.

Chong berkata, dengan kekurangan wakil wanita, agak sukar untuk parti menyuaraka­n isu-isu semasa termasuk berkaitan keluarga, pendidikan, hak kanakkanak, peluang pekerjaan untuk golongan muda dan golongan yang kurang berkemampu­an dengan berkesan.

Pada sidang media kemudian, Heng ketika ditanya mengenai kenyataan Chong supaya lebih ramai wakil wanita dilibatkan dalam jawatankua­sa parti dan calon pilihan raya berkata, sayap itu telah menghantar senarai 25 individu untuk dipertimba­ngkan oleh kepimpinan tertinggi parti sebagai calon PRU. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PEMBUKAAN MCA KE-45: Chong (tengah) bersama Heng (kiri) ketika upacara memotong kek sebagai sambutan pembukaan Mesyuarat Tahunan Wanita MCA ke-45 di Wisma MCA di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PEMBUKAAN MCA KE-45: Chong (tengah) bersama Heng (kiri) ketika upacara memotong kek sebagai sambutan pembukaan Mesyuarat Tahunan Wanita MCA ke-45 di Wisma MCA di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia