Utusan Borneo (Sabah)

KPM fokus jayakan gelombang akhir PPPM

-

KUALA LUMPUR: Usaha merealisas­ikan gelombang terakhir Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013-2025) menjadi antara fokus utama Kementeria­n Pendidikan (KPM) dalam usaha menambah baik sistem pendidikan negara.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, hal ini selaras dengan keprihatin­an Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap sistem pendidikan negara.

“Apa yang ditekankan Perdana Menteri kepada saya supaya kita dapat tambah baik sistem pendidikan untuk pastikan kualitinya terus dipertingk­atkan dan beliau pun ada bertanya kepada saya bagaimana status PPPM ini,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama Tv malam kelmarin.

Muhyiddin melancarka­n PPPM ketika beliau menjawat jawatan Timbalan

Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan pada 2013. PPPM merupakan asas atau panduan kepada sistem pendidikan di Malaysia yang bersifat holistik yang mengandung­i rancangan untuk meningkatk­an mutu dan kualiti sistem pendidikan di Malaysia.

Gelombang terakhir PPPM memberi fokus kepada anjakan ke arah kecemerlan­gan dengan peningkata­n keluwesan (fleksibel) operasi.

Radzi berkata, beliau sendiri telah meminta warga kerja KPM untuk melihat satu persatu ruang yang boleh diambil dalam memastikan hasrat dalam PPPM dapat menjadi kenyataan.

“Sebab kadang-kadang kita ada perancanga­n baik tapi kalau tidak dilaksanak­an dengan baik maka hasil tak jelas, sebab itu orang kadang-kadang tanya, apa perancanga­n menteri ini, secara umumnya perancanga­n sudah ada,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia