Utusan Borneo (Sabah)

8.5 peratus usahawan terpaksa henti operasi akibat pandemik Pelbagai inisiatif dilaksanak­an untuk memulihkan usahawan terjejas

-

KUANTAN: Kira-kira 8.5 peratus usahawan di seluruh negara terpaksa menghentik­an operasi selain 58 peratus lagi berdepan dengan pelbagai masalah akibat penularan wabak pendemik COVID-19 sejak awal tahun lepas.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pelbagai usaha dan inisiatif telah dan sedang dilaksanak­an untuk memulihkan usahawan yang terjejas daripada terus berdepan dengan kesulitan.

“Menyedari implikasi besar pandemik ini terhadap usahawan, kementeria­n telah membangunk­an Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi khusus untuk memastikan kelestaria­n dan pemulihan perniagaan mereka yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pasaraya Coop Ummah milik Koperasi Ummah Berhad yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) Zazali Harun dan Pengerusi Koperasi Ummah Berhad Sabariah Mohd Noor.

Untuk rekod, pelaksanaa­n fasa pertama pelan itu yang bermula Mei hingga Disember 2020 melibatkan peruntukan RM171 juta kepada 12,138 penerima manfaat, dengan 96.52 peratus adalah dalam kalangan Bumiputera, manakala fasa kedua mulai Januari hingga Mei 2021 melibatkan peruntukan RM17.1 juta.

Mas Ermieyati juga berkata, terdapat 30 peratus koperasi di seluruh negara dikesan tidak aktif dan SKM sedang mengesan mereka, supaya dapat dibantu untuk kembali aktif.

“SKM sentiasa membantu ahli koperasi yang bermasalah untuk memberikan khidmat nasihat dan bimbingan, termasuk membantu mengubah semula pelan perniagaan mereka sebelum ini yang dikatakan tidak memberi pulangan setimpal.

“Bukan mudah kita nak tubuhkan satu-satu koperasi, jadi sayang kalau dibiarkan ia tidak aktif atau terpaksa ditutup,” katanya. — Bernama

Menyedari implikasi besar pandemik ini terhadap usahawan, kementeria­n telah membangunk­an Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi khusus untuk memastikan kelestaria­n dan pemulihan perniagaan mereka yang terlibat. Datuk Mas Ermieyati Samsudin Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi

 ?? — Gambar Bernama ?? SEGAR: Mas Ermieyati (kiri) melihat ikan segar yang dijual di Pasaraya Coop Ummah sambil diiringi Setiausaha Koperasi Ummah Berhad, Lt. Kol (B) Kamruzaman Mat Sham (dua kiri) selepas beliau merasmikan pasar raya milik Koperasi Ummah Berhad itu di Tanjung Lumpur, Kuantan semalam.
— Gambar Bernama SEGAR: Mas Ermieyati (kiri) melihat ikan segar yang dijual di Pasaraya Coop Ummah sambil diiringi Setiausaha Koperasi Ummah Berhad, Lt. Kol (B) Kamruzaman Mat Sham (dua kiri) selepas beliau merasmikan pasar raya milik Koperasi Ummah Berhad itu di Tanjung Lumpur, Kuantan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia