Utusan Borneo (Sabah)

Petugas kesihatan swasta di Perak mula terima vaksin semalam

-

IPOH: Pelaksanaa­n vaksinasi kepada petugas kesihatan swasta di Perak dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan ringkas yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebookny­a, Noor Hisham berkata, Stadium Indera Mulia yang dijadikan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV), mula dipenuhi oleh petugas kesihatan yang terlibat sejak jam 10.30 pagi semalam.

“Ramai juga kalangan ‘GP’ (doktor atau pengamal perubatan am) yang hadir mendapatka­n vaksin. Lindung

diri, lindung semua,” katanya dalam kenyataan ringkas bersama gambar yang dikongsika­n di laman Facebook rasminya semalam.

Pada masa sama Noor Hisham turut memaklumka­n, laporan Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID19 menunjukka­n 9,892 pemberian dos vaksin telah diberikan di Perak setakat kelmarin.

Pada 3 Mac lepas, Perak menerima sebahagian lagi bekalan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech yang dihantar ke empat Pusat Simpanan Vaksin (PSV) bagi pelaksanaa­n fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Sebelum itu, Perak menerima 22,230 dos pertama bekalan vaksin untuk diberikan sepanjang pelaksanaa­n fasa pertama program melibatkan 39,760 petugas barisan hadapan yang dijangka selesai pada penghujung April ini.

Mereka terdiri daripada 22,094 petugas di bawah Kementeria­n Kesihatan manakala 17,666 lagi merupakan petugas barisan hadapan daripada jabatan lain yang turut terlibat secara langsung dalam aktiviti pencegahan dan kawalan COVID-19.

Bekalan pertama vaksin jenis sama tiba Perak pada 24 Februari lepas dengan Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad menjadi antara penerima terawal suntikan vaksin pada 1 Mac lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia