Utusan Borneo (Sabah)

Komuniti farmasi mahu diberikan vaksin pada fasa pertama

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Komuniti farmasi merayu kepada kerajaan agar mempertimb­angkan untuk membenarka­n mereka mendapatka­n vaksin COVID-19 pada fasa pertama dan bukannya ketiga.

Presiden Persatuan Farmasi Sabah Jemima Ho Wan Dien berkata, pihaknya sudah menghantar surat kepada Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi khususnya kepada menteri berkaitan mengenai perkara terbabit.

“Komuniti farmasi juga terdedah setiap hari kepada pesakit sepanjang waktu pejabat. Sesiapa sahaja yang berurusan secara berterusan dengan pesakit harus dipertimba­ngkan untuk diberikan vaksin berkenaan pada fasa pertama.

“Setelah diberikan vaksin itu, pegawai farmasi boleh mendidik orang awam bahawa vaksin COVID-19 adalah selamat seterusnya membantu usaha kerajaan mewujudkan kesedaran positif dalam hal demikian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, golongan farmasi boleh dijadikan contoh terbaik kepada orang awam memandangk­an jumlah yang mendaftar untuk mendapatka­n vaksin masih rendah pada ketika ini.

Katanya, secara puratanya, golongan farmasi menerima kunjungan daripada orang awam sekurang-kurangnya 150 sehingga 200 sehari dan negara ini mempunyai sekitar 2,800 farmasi, termasuk kawasan luar bandar. Liputan jumlah farmasi seluruh Malaysia adalah besar.

“Memandangk­an komuniti farmasi akan terlibat secara langsung untuk memberikan vaksin kepada orang awam pada fasa ketiga, oleh itu adalah lebih baik kami diberikan vaksin terdahulu agar mempunyai imuniti seterusnya membantu proses vaksin kepada orang ramai.

“Dengan setelah komuniti farmasi diberikan vaksin, risiko kontak rapat oleh orang awam yang mempunyai imuniti yang rendah terhadap pegawai farmasi boleh dikurangka­an,” katanya.

Menurutnya, di negara lain terdapat komuniti farmasi meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.

Jemima juga menyeru kepada orang awam untuk mendapatka­n vaksin COVID-19 untuk mewujudkan imuniti secara berkelompo­k dalam masyarakat dan berharap pandemik terbabit akan tamat dalam masa terdekat.

“Imuniti berkelompo­k hanya berjaya sekiranya 80 peratus populasi dalam masyarakat telah mendapatka­n vaksin itu.

“Setelah mendapatka­n vaksin, orang ramai masih perlu mengamalka­n amalan penjarakan fizikal, penggunaan pelitup mulut walaupun sudah mencapai imuniti berkelompo­k,” katanya.

Katanya, orang awam yang mempunyai pertanyaan mengenai vaksin COVID-19 dialu-alukan mendapatka­n maklumat daripada farmasi di sekitar tempat tinggal masing-masing.

 ??  ?? JEMIMA
JEMIMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia