Utusan Borneo (Sabah)

Keputusan kerajaan benarkan rentas daerah amat dihargai

- Oleh Abdul Nadin Haji Shaidin

KOTA KINABALU: Keputusan Kerajaan Negeri Sabah membenarka­n rentas daerah dalam negeri mengikut zon adalah sesuatu yang amat dihargai dan dialu-alukan.

Seorang penyelidik, Zakaria Barabag berkata, keputusan itu adalah sesuatu yang positif selepas kes COVID-19 di negeri ini didapati mengalami penurunan.

Katanya, langkah itu juga amat baik kerana ia boleh mendorong masyarakat menggerakk­an ekonomi setempat.

Selain itu, ia juga bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk meneruskan perancanga­n di luar kawasan yang lama terbengkal­ai dan mengeratka­n semula silaturahi­m yang terjejas akibat COVID-19.

Zakaria berkata, sebagai penyelidik, keputusan kerajaan itu sudah pasti memudahkan aktiviti penyelidik­an di luar kawasan untuk pelajar atau siswazah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan membenarka­n rentas daerah dalam negeri mengikut enam zon yang ditetapkan sepanjang tempoh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) seperti yang diumumkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Masidi Manjun yang juga Jurucakap rasmi Kerajaan Negeri berhubung COVID-19.

Zon 1 melibatkan daerah Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau, Tuaran, Penampang, Putatan dan Papar; Zon 2 merangkumi Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang manakala Zon 3 meliputi Kudat, Kota Marudu dan Pitas.Zon 4 pula melibatkan Sandakan, Beluran, Kinabatang­an dan Tongod); Zon 5 merangkumi Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Kalabakan manakala Zon 6 meliputi Keningau, Tambunan dan Tenom.

Zakaria menyifatka­n langkah kerajaan itu amat tepat kerana pergerakan mengikut zon dapat megurangka­n risiko penularan kes covid ke zon yang sudah semakin pulih.

Bagaimanap­un, katanya semua pihak perlu berhati-hati dengan sentiasa mengikut SOP bagi mengekang penularan semula COVID-19.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengusaha dan

Pemandu Bas Taman Telipok Ria, Dullah Bache berkata, keputusan yang diambil oleh kerajaan untuk membenarka­n rentas daerah amatlah dialu-alukan terutamany­a oleh komuniti pengusaha bas.

Bagaimanap­un, beliau merayu kerajaan agar membenarka­n bas beroperasi dan mengambill penumpang mengikut kapasiti permit yang diluluskan.

Katanya, pengusaha dan pemandu bas merayu agar mereka dibenarkan mengambil penumpang mengikut kapasiti yang dibenarkan bagi mengelakka­n kerugian.

Menurutnya, sumber pendapatan mereka terjejas kerana hasil pendapatan yang diperolehi hanya setakat cukup duit minyak sahaja.

Bagaimanap­un, Dullah menyifatka­n keputusan kerajaan itu mampu membantu memulihkan ekonomi di kalangan masyarakat.

 ??  ?? ZAKARIA BARABAG
ZAKARIA BARABAG
 ??  ?? DULLAH BACHE
DULLAH BACHE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia