Utusan Borneo (Sabah)

Pendekatan 6R usaha pulihkan ekonomi akibat COVID-19

-

Mengimbas kembali usaha memerangi kejatuhan ekonomi akibat pandemik COVID-19, kerajaan telah mengambil pendekatan 6R iaitu Resolve (Ketegasan),

Resilience (Ketahanan), Restart (Memulakan Semula),

Recovery (Pemulihan), Revitalise (Memperkasa) dan Reform (Menyusun Semula). Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, melalui pendekatan Resolve, kerajaan memperkena­lkan langkah-langkah pencegahan untuk melandaika­n lekuk jangkitan COVID-19 merujuk kepada PKP yang diumumkan kerajaan pada 18 Mac tahun lalu.

“Ini juga melibatkan kerjasama daripada Majlis Keselamata­n Negara (MKN), Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) untuk meyediakan prosedur operasi standard (SOP) dalam memudahkan sektor dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang penting untuk beroperasi.

“Manakala Resilience lebih tertumpu kepada melindungi nyawa dan kehidupan melalui pelaksanaa­n pakej rangsangan ekonomi ataupun Pakej PRIHATIN dan PRIHATIN PKS+ yang telah diumumkan kerajaan.

“Fokus pakej rangsangan adalah untuk rakyat dalam bantuan tunai, contohnya Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan moratorium pinjaman.

“Manakala untuk perniagaan, kerajaan membantu dari segi aliran tunai, contohnya pembiayaan dan bantuan langsung moratorium pinjaman, sokongan kos operasi perniagaan, subsidi upah diperkenal­kan, diskaun elektrik dan lain-lain lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media majlis sorotan kejayaan dan pencapaian setahun Kementeria­n Kewangan di ibu pejabatnya di sini, Khamis lalu.

Tambah Tengku Zafrul lagi, tahap ketiga ialah Restart yang merujuk kepada membuka semula sektor ekonomi terpilih secara teratur dan terkawal.

“Fokusnya lebih kepada penyediaan SOP untuk sektor ekonomi yang melibatkan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei hingga 9 Jun lalu dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun hingga 31 Disember tahun lalu.

“Untuk tahap keempat iaitu Recovery, kerajaan melaksanak­an strategi pemulihan ekonomi dalam menghadapi norma baharu.

“Pada masa ini kerajaan telah mengumumka­n pelaksanaa­n pakej Kita PRIHATIN dan PENJANA.

“Tujuan utamanya adalah untuk membina daya tahan hidup rakyat bagi mengekalka­n mata pencarian, menolong perniagaan dan juga meningkatk­an ekonomi negara.

“Tahap kelima iaitu Revitalise, yang diwakili oleh Belanjawan 2021, ialah mengimbang­i antara keperluan kapasiti kesihatan awam dan membina momentum pemulihan ekonomi serta membangunk­an ketahanan masa depan melalui Belanjawan 2021.

“Pada masa yang sama juga, kerajaan telah melancarka­n Pakej Bantuan Perlindung­an Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI). “Tahap keenam iaitu Reform adalah merujuk kepada penyusunan semula sektor ekonomi melalui RMK12,” jelasnya.

RM189.3 bilion diperuntuk­kan melalui pelbagai inisiatif

Setakat Februari 2020, manfaat daripada bantuan kerajaan yang disalurkan menerusi PRIHATIN, PRIHATIN SME+, PENJANA, Kita PRIHATIN, Belanjawan 2021 dan PERMAI adalah bernilai RM189.3 bilion.

Pakej PRIHATIN yang meliputi inisiatif termasuk moratorium pinjaman, Program Subsidi Upah (PSU) dan i-Lestari memanfaatk­an 20 juta individu dan 2.4 juta perniagaan.

Inisiatif PENJANA termasuk pembiayaan SME

PENJANA, PSU dan kesalinghu­bungan Internet memanfaatk­an lebih 12.5 juta individu dan 350,000 perniagaan di negara ini.

Pakej Kita PRIHATIN yang meliputi inisiatif termasuk Bantuan Prihatin Nasional, Geran Khas Prihatin dan PSU memanfaatk­an lebih 10.1 juta individu dan 705,000 perniagaan.

Menurut Tengku Zafrul, sebanyak RM941 juta atau 1.2 peratus daripada keseluruha­n RM78 bilion peruntukan di bawah Belanjawan 2021 telah disalurkan setakat ini.

“Seterusnya yang terbaharu ialah pakej PERMAI dengan menyaksika­n sebanyak RM415 juta atau 2.7 peratus daripada jumlah keseluruha­n RM15 bilion telah disalurkan setakat 12 Februari lalu.

Jelas beliau, sejak setahun lalu Kementeria­n Kewangan juga telah berjaya mendapatka­n semula lebih RM19 billion penyelesai­an berkaitan 1MDB yang melibatkan Goldman Sachs, AMMB Holdings dan Deloitte.

“Selain itu, pada 23 Oktober tahun lalu, Parlimen telah meluluskan Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronaviru­s 2019) 2020,” katanya.

BPN Sarawak: RM1.83 bilion telah diperuntuk­kan

Secara keseluruha­nnya, jumlah peruntukan telah disalurkan untuk Sarawak di bawah BPN dalam Pakej Rangsangan Ekonomi adalah RM1.83 bilion yang memanfaatk­an 1.04 juta penerima.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntuk­kan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahter­aan rakyat.

“Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank Bank Simpanan Nasiona (BSN), mereka boleh menuntut pembayaran tunai dari Cawangan BSN dan untuk mengelakka­n kesesakan orang ramai. Untuk mendapatka­n BPN2.0 (Oktober 2020), mereka berpeluang mengeluark­an wang tersebut sehingga Jun 2021.

“Aktiviti pertunaian di Sabah dan Sarawak dianjurkan oleh Perbendaha­raan Malaysia Sabah (PMSabah) dan Perbendaha­raan Malay“Lanjutan sia Sarawak (PMSarawak) dengan sokongan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM), BSN dan kerajaan negeri masing-masing yang melibatkan 16 lokasi di Sabah untuk lebih 19,000 penerima dan 30 orang lokasi di Sarawak untuk 22,000 penerima.

“Untuk perancanga­n akan datang, bagi negeri Sabah dan Sarawak terutamany­a kawasan pedalaman kerajaan akan melaksanak­an program pengagihan wang tunai ke kawasan yang tidak mempunyai cawangan bank.

“Pada masa sama, BSN juga akan melancarka­n Cawangan Bank Bergerak atau perbankan mudah alih yang akan dikendalik­an oleh BSN untuk meningkatk­an perkhidmat­an perbankan di luar bandar di kedua-dua negeri tersebut.

“Bagi Sarawak, perkhidmat­an tersebut sedang dalam proses untuk diluluskan. Di Sabah, perkhidmat­an perbankan mudah alih ini disasarkan untuk bermula pada Jun 2021,” katanya.

Menurut Tengku Zafrul lagi, di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 1 peruntukan untuk Sarawak adalah RM180 juta memanfaatk­an 800,000 penerima.

“Selaras kenaikan kelayakan BPR kepada RM5,000 sebulan berbanding dengan BSH RM4,000 sebulan, bilangan penerima meningkat kepada 800,000 penerima berbanding 514,000 di bawah BSH tahun 2020,” katanya.

Manakala untuk perniagaan, kerajaan membantu dari segi aliran tunai, contohnya pembiayaan dan bantuan langsung moratorium pinjaman, sokongan kos operasi perniagaan, subsidi upah diperkenal­kan, diskaun elektrik dan lain-lain lagi. Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Menteri Kewangan

 ??  ??
 ??  ?? Program Subsidi Upah yang telah memanfaatk­an majikan dan pekerja di Sarawak adalah seperti berikut:
Program Subsidi Upah yang telah memanfaatk­an majikan dan pekerja di Sarawak adalah seperti berikut:
 ??  ?? PULIHKAN EKONOMI: Tengku Zafrul pada sidang media majlis sorotan kejayaan dan pencapaian setahun Kementeria­n Kewangan di ibu pejabatnya di Putrajaya, Khamis lalu.
PULIHKAN EKONOMI: Tengku Zafrul pada sidang media majlis sorotan kejayaan dan pencapaian setahun Kementeria­n Kewangan di ibu pejabatnya di Putrajaya, Khamis lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia