Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Sarawak syukuri pelbagai inisiatif dan bantuan kerajaan

-

moratorium bayaran pinjaman kepada perniagaan sudah tentunya melegakan dan memberi impak positif kepada aktiviti perniagaan terutamann­ya dari segi aliran tunai dan kelangsung­an daya tahan perniagaan dalam mendepani cabaran pandemik COVID19 serta keadaan permintaan pasaran yang tidak menentu.

“Selain itu, juga juga memberi ruang kepada perniagaan untuk mengutamak­an komitmen syarikat yang lebih kritikal seperti pengurusan stok, pengurusan kos operasi syarikat seperti premis, bil utiliti dan sebagainya.

“Ini secara tidak langsung membantu kelangsung­an aktiviti perniagaan serta meningkatk­an jualan syarikat yang telah terjejas sejak pandemik mula melanda negara kita.”

“Moratorium pinjaman bank pada dasarnya membantu menangguhk­an bayaran pinjaman perniagaan, rumah, kereta serta pinjaman peribadi hanya untuk tempoh tertentu.

“Dengan bantuan ini, ia memberi pengecuali­an kewangan untuk jangka waktu tertentu sehingga peminjam dapat mengatasi kerugian, penguranga­n pendapatan atau perniagaan mereka.

“Dengan situasi pandemik COVID-19 yang melanda, aktiviti perniagaan sangat rendah dan bank tidak begitu mesra untuk memberikan pinjaman baharu kepada mereka yang terjejas.

“Maka itu inisiatif moratorium yang diperkenal­kan kerajaan menjadi satu bentuk ‘pinjaman’ dalam membantu mereka yang amat terkesan dan sukar untuk mendapatka­n pinjaman baharu.”

“Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) serba sedikit membantu meringanka­n beban saya dalam tempoh yang sangat mencabar ketika negara masih dilanda pandemik COVID-19 ini.

“Malah, bantuan ini juga menjadi modal tambahan untuk saya menjalanka­n perniagaan dalam talian sepanjang tempoh sukar ini.”

“Pemberian BPR dan bantuan lain termasuk inisiatif i-Sinar dan i-Lestari menyelamat­kan perniagaan runcit saya sepanjang tempoh sukar sejak PKP dilaksanak­an tahun lalu.

“Mujur kerajaan menyediaka­n bantuan dan inisiatif ini yang membantu saya bertahan dalam berniaga barang runcit sehingga ke hari ini.

“Saya ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada kerajaan khasnya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin atas keprihatin­an dalam membantu dan meringanka­n beban rakyat.”

“Walaupun jumlah bantuan BPR untuk kategori bujang kurang sedikit berbanding yang sudah berkeluarg­a, namun ia dapat membantu saya menolong ibu bapa saya membeli barangan keperluan harian.

“Mungkin jumlah bantuan ini nampak sedikit tetapi ia amat diperlukan khususnya bagi golongan berpendapa­tan rendah.

“Selain itu, pelanjutan tempoh moratorium juga melegakan saya kerana mengurangk­an sedikit komitmen bulanan dan wang yang ada disalurkan untuk menampung perbelanja­an harian sepanjang PKP hinggalah PKPB sekarang.”

“Saya menyambut baik inisiatif kerajaan dengan memperkena­lkan pelbagai bentuk bantuan yang sememangny­a amat diperlukan rakyat ketika ini.

“Syukur alhamdulil­lah, saya menerima BPR yang meringanka­n sedikit bebanan semasa penularan COVID-19 yang banyak menjejaska­n kehidupan dan pendapatan ramai orang.”

 ??  ?? Tan Sri Abang Khalid Marzuki Pengerusi Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Sarawak
Tan Sri Abang Khalid Marzuki Pengerusi Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Sarawak
 ??  ?? Norshima Dollah, 30. Setiausaha syarikat swasta
Norshima Dollah, 30. Setiausaha syarikat swasta
 ??  ?? Fatimah Sadini, 26. Kerani syarikat swasta
Fatimah Sadini, 26. Kerani syarikat swasta
 ??  ?? Datuk Sim Kiang Chiok Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching
Datuk Sim Kiang Chiok Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching
 ??  ?? Noti Jamat, 44. Peniaga kedai runcit
Noti Jamat, 44. Peniaga kedai runcit
 ??  ?? Izzul Hamidzan Fitry Ahmad, 36. Orang kelainan upaya (OKU)
Izzul Hamidzan Fitry Ahmad, 36. Orang kelainan upaya (OKU)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia