Utusan Borneo (Sabah)

Usah percaya pandangan negatif mengenai vaksin vaksin: Naroden

-

KUCHING: Rakyat Sarawak dinasihatk­an agar tidak mudah percaya dengan pandangan negatif mengenai vaksin yang sengaja disebarkan oleh pihak tidak bertanggun­gjawab.

Perkara itu ditegaskan Menteri Muda Pembanguna­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais yang memberitah­u, pandangan negatif tersebut tidak harus dipercayai.

“Jangan mendengar apa-apa pandangan negatif mengenai vaksin ini daripada pihak yang tidak bertanggun­gjawab seperti yang viral di media sosial yang menyatakan suntikan vaksin ini memberikan kesan tidak baik sehingga mengubah sikap dan itu tidak benar.

“Ini perbuatan yang sengaja untuk menakut-nakutkan orang ramai dan satu tindakan yang tidak bertanggun­gjawab,” katanya pada sidang media sempena Program Imunisasi Vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Kota Samarahan di sini semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang dan Pegawai Daerah Asajaya Rais Ahmat.

Naroden yang juga ADUN Gedong berkata, program imunisasi vaksin COVID-19 dilaksanak­an di seluruh dunia dan Malaysia juga terlibat dalam pemberian vaksin kepada rakyatnya.

Tambahnya, ini amat bertepatan untuk memastikan rakyat di Malaysia mendapatka­n vaksin dalam usaha mencegah penularan pandemik COVID19.

Sehubungan itu, beliau menyaranka­n kepada masyarakat supaya tidak takut untuk menerima vaksin kerana beliau sendiri juga telah menerima suntikan tersebut.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai untuk tampil ke klinik mengikut jadual yang akan ditetapkan di kawasan masing-masing bagi menerima suntikan vaksin demi kebaikan bersama.

Selain itu, Naroden mengucapka­n ribuan terima kasih kasih kepada kerajaan Malaysia dan Kerajaan Sarawak kerana telah berusaha untuk mendapatka­n vaksin ini untuk diagihkan kepada rakyat khusus rakyat di negeri ini.

Sementara itu, Idris turut menyaranka­n rakyat Sarawak khususnya penduduk di DUN Muara Tuang agar tidak takut dan segera mendaftar untuk menerima suntikan vaksin menerusi aplikasi MySejahter­a bagi memerangi serta memutuskan rantaian COVID-19 agar kehidupan masyarakat kembali seperti sediakala.

Malah beliau menyatakan tiada kesan sampingan ke atas dirinya setelah mengambil suntikan vaksin.

Beliau turut menyeru agar rakyat memberi kerjasama dengan mengambil vaksin ini sepertiyan­gdisaranka­nkerajaan Malaysia menerusi Kementeria­n Kesihatan Malaysia kerana suntikanva­ksininiama­tpenting bagi tujuan melindungi diri dan keluarga masing-masing.

Beliau juga berterima kasih kepada pegawai dan petugas Klinik Kesihatan Kota Samarahan di atas jasa dan bakti mereka dalam menentang penularan wabak tersebut.

Terdahulu, Rais berkata, penduduk Asajaya diminta agar segera mendaftar untuk menerima suntikan vaksin menerusi aplikasi MySejahter­a kerana program imunisasi tersebut merupakan penyelesai­an dalam menghadapi pandemik COVID-19 dan alternatif terbaik bagi memutuskan rantaian wabak itu.

Pada program itu, Naroden

ditemani Idris dan Rais masing-masing menerima suntikan vaksin jenis PfizerBioN­Tech di Klinik Kesihatan Kota Samarahan.

 ??  ?? KAMI SUDAH: Naroden (dua kiri) ditemani Idris (dua kanan) dan Rais (kiri) menunjukka­n mereka telah menerima suntikan vaksin di Klinik Kesihatan Kota Samarahan.
KAMI SUDAH: Naroden (dua kiri) ditemani Idris (dua kanan) dan Rais (kiri) menunjukka­n mereka telah menerima suntikan vaksin di Klinik Kesihatan Kota Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia