Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan akan keluarkan kerangka kerja khas CLQ

-

KERAJAAN akan mengeluark­an kerangka kerja khas bagi pembinaan Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) kepada pihak pemaju dalam memenuhi spesifikas­i dan piawaian selaras Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 yang diwartakan pada 17 Februari lepas.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata, antara aspek yang bakal ditambah baik dalam rangka kerja yang akan diwujudkan dalam masa terdekat itu antaranya adalah penggunaan dinding kalis api sebagai ciri keselamata­n tambahan dan mewajibkan penggunaan almari berkunci khususnya kepada pekerja asing.

Katanya, dengan adanya kerangka tersebut, ia mampu dijadikan rujukan syarikat pemaju bagi membina CLQ yang mempunyai ciri keselamata­n tambahan bagi keselesaan pekerja yang menginap di pusat berkenaan.

“Ini antara ciri baru dan saya akan minta Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Asri Ab Rahman untuk dimasukkan dalam kerangka kerja pembinaan CLQ pada masa akan datang.

“Ramai (pemaju) yang mungkin nak bina CLQ, ia adalah langkah yang baik dan sihat. Tapi pada masa yang sama kita tidak mahu terlalu banyak CLQ jadi kita akan keluarkan blueprint (kerangka kerja khas) mengikut jumlah pekerja sedia ada dan keperluan mengikut negeri,” katanya selepas melancarka­n Pembinaan CLQ Zon Klang dan Shah Alam di Klang, kelmarin.

CLQ di zon Klang dan Shah Alam akan didirikan di Meru, Klang seluas 40.4 hektar yang akan mampu menempatka­n sehingga 30,000 pekerja pada satu-satu masa dengan keutamaan diberikan kepada sektor pembinaan dan pengilanga­n.

CLQ yang dibina oleh dua pemaju swasta itu akan dilaksanak­an secara lima fasa menggunaka­n teknologi Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) iaitu fasa pertama pusat tersebut akan disiapkan dalam masa enam bulan dari sekarang.

Dalam perkembang­an lain, Saravanan berkata, kementeria­nnya akan memberi kelonggara­npenguatku­asaandibaw­ah Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja199­0(Akta446)kepada sektor pelanconga­n yang kini tidakmampu­beroperasi­kerana COVID-19 dan sekatan perintah kawalan yang dijalankan di seluruh negara pada masa ini.

Namun jelasnya, majikan khususnya perlu melaporkan kepada JTK terlebih dahulu bahawa mereka tidak mampu melaksanak­an Akta 446 mengikut apa yang digariskan dan membentang­kan pelan tindakan kepada jabatan tersebut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERPUAS HATI: M Saravanan (dua kanan) ketika memeriksa ruang dalam kediaman pekerja selepas upacara perasmian pecah tanah penginapan pekerja di Meru Klang, dekat Klang, kelmarin.
— Gambar Bernama BERPUAS HATI: M Saravanan (dua kanan) ketika memeriksa ruang dalam kediaman pekerja selepas upacara perasmian pecah tanah penginapan pekerja di Meru Klang, dekat Klang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia