Utusan Borneo (Sabah)

Panas terik: Tujuh kawasan catat gelombang haba tahap kuning

-

KUALA LUMPUR:

Tujuh kawasan di Semenanjun­g Malaysia merekodkan gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga setakat jam 4.30 petang kelmarin, demikian menurut Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a).

Jabatan itu memaklumka­n, lokasi itu ialah Chuping, Perlis; Kota Setar, Kedah; Kuala Kangsar, Perak; Sepang, Selangor; Alor Gajah, Melaka serta Tangkak dan Batu Pahat di Johor.

Sementara itu, tiada gelombang haba dikesan di Sabah dan Sarawak dan semua kawasan di dua negeri itu merekodkan suhu maksimum harian kurang 35 darjah Celsius bagi tempoh sama.

Tahap kuning merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurangku­rangnya tiga hari berturut-turut.

Status tahap jingga atau ‘heatwave’ pula ialah apabila mencatat suhu maksimum harian 38 hingga 40 darjah Celsius dan tahap merah (kecemasan) untuk suhu melebihi 40 darjah Celsius, masing-masing bagi tempoh sekurangku­rangnya tiga hari berturut-turut.

Dalam pada itu, setakat jam 12 tengah hari semalam bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di kebanyakan kawasan di Semenanjun­g adalah paras sederhana dengan daerah Rompin, Pahang mencatat bacaan tertinggi iaitu 92, manakala rata-rata lokasi di Sabah dan Sarawak pula IPU pada paras baik.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategori­kan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas (berbahaya).

MetMalaysi­a sebelum ini memaklumka­n negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan hingga pertengaha­n bulan ini, dengan taburan hujan agak rendah di Semenanjun­g terutama di negeri-negeri utara.

Bagaimanap­un, jabatan itu tidak menjangkak­an keadaan cuaca panas luar biasa berlaku pada tahun ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia