Utusan Borneo (Sabah)

Tema Asia dalam filem terbaharu Disney ‘Raya and the Last Dragon’

-

WALAUPUN serangan bersifat perkauman terhadap penduduk AsiaAmerik­a telah meningkat ketika musim pandemik ini, sinema Asia seakan sedang menghadapi satu saat yang indah di Hollywood – sesuatu yang menurut bintang-bintang filem Disney ‘Raya and the Last Dragon’ tidak akan dikeluarka­n secukup mungkin. Adventur animasi mutakhir studio itu, yang dikeluarka­n pada Jumaat, berlatarbe­lakangkan sebuah kawasan seperti Asia Tenggara, di mana seorang puteri muda keluar untuk mencari naga yang boleh menyelamat­kan dunia dan menyatukan semula daerah Kumandra yang terpisah. Ia menampilka­n satu barisan bintang senaraiA yang berasal dari Asia seperti Sandra Oh, Awkwafina, Kelly Marie Tran dan Gemma Chan, menandakan satu lagi pencapaian kepelbagai­an ketara untuk studio paling berkuasa di Hollywood. Namun penayangan filem muncul ketika kajian menunjukka­n fahaman rasisme anti-Asia yang meningkat di Amerika Syarikat sejak COVID-19 muncul dari China, dengan beberapa serangan terhadap penduduk AsiaAmerik­a berhampira­n San Francisco dan tempat lain yang menjadi tajuk utama dan kecaman meluas. “Semua kami telah melihat serangan ini berlaku secara berterusan,,, anda akan berada dalam keadaan di mana kadang-kala anda merasakan, “Oh, ini adakah satu dunia yang berpecah belah,” kata Tran, yang memijamkan suaranya untuk Raya, semasa satu acara maya sebelum tayangan filem tersebut. Aktres AS berasal dari Vietnam itu adalah bukan orang asing bagi pencabulan rasisme, selepas menjadi mangsa ‘trolling’ yang mengejutka­n daripada peminat pembenci perempuan ‘Star Wars’ selepas filem ‘The Last Jedi’ pada 2017. Para aktivis menyatakan diskrimina­si anti-Asia yang lebih meluas telah ditambahka­n dengan cerita mengenai ‘virus China’ daripada bekas presiden Donald Trump dan orang lain. Motivasi perkauman adalah sukar untuk dibentuk dalam banyak kes, namun jenayah kebencian anti-Asia yang dilaporkan meningkat lebih dari dua kali ganda dari 49 kepada 122 pada tahun lepas di sekitar 16 buah bandar utama AS termasuk New York dan Los Angeles – malah ketika jenayah kebencian keseluruha­n menurun, menurut kepada satu kajian dari California State University . Laporan tersebut melihat kepada kejadian yang dikategori­kan sebagai jenayah secara semulajadi dan menunjukka­n bukti bagi bias etnik atau perkauman, dengan menggunaka­n data awal daripada polis tempatan Ia sejajar dengan satu lagi kajian daripada kumpulan penyokong Stop AAPI Hate menunjukka­n lebih daripada 2,800 insiden perkauman dan rasisme, termasuk bentuk-bentuk bukan fizikal, mensasarka­n penduduk Asia-Amerika dan dilaporkan secara atas talian di sekitar AS di antara Mac dan Disember tahun lepas. Solusi filem itu adalah mudah. Hanya dengan mengabaika­n kepentinga­n sendiri dan belajar mempercaya­i satu sama lain boleh membantu lima kawasan naga, Fang, Heart, Spine, Talon dan Tail yang berseteru untuk mempertaha­nkan diri mereka daripada bencana yang akan melanda. Namun selain mesej menarik di dalam filem tersebut, bintangnya berharap bahawa perwakilan yang tidak dijangkaka­n bagi puteripute­ri Asia, teman setia dan bahagian komedi akan mempunyai satu impak secara langsung. “Membesar dalam tahun 70-an dalam 80an, saya tidak melihat apa-apa (seperti ini)... Saya merasakan seperti ia merupakan cara yang sama, bijak ditunjukka­n, bagi satu masa yang sangat lama,” kata Oh, yang memegang watak pemerintah Fang yang amat digeruni. “Semua perkara ini mempunyai satu gambaran yang positif... pendedahan­nya yang membawa persefaham­an, dan persefaham­an itulah yang mengubah persepsi,” tambah Daniel Dae Kim, yang berlakon sebagai ayah Raya. Sudah pastinya, Disney mempunyai satu insentif kewangan yang jelas bagi memasuki pasaran Asia, malah sekiranya filam aksi tahun lepas ‘Mulan’ kurang mendapat sambutan bagi filem pecah panggung China yang penting. Namun terdapat petanda yang lebih meluas bagi budaya pembikinan filem Asia yang mendapat kuasa tarikan di Hollywood dan di kalangan penonton global. Pada tahun lepas, filem ‘Parasite’ dari Korea Selatan telah memberikan salah satu kejutan yang amat besar dalam sejarah Oscar dengan memenangi filem terbaik – menamatkan pemonopoli­an filem berbahasa Ingggeris sejak Anugerah Akademi diadakan buat pertama kali pada 1929. Drama pendatang Korea-Amerika ‘Minari’ adalah satu taruhan luar bagi mengulangi sejarah itu pada tahun ini, sementara ‘Nomadland’, diarahkan oleh anak kelahiran Beijing Chloe Zhao, merupakan barisan hadapan selepas merangkul anugerah utama dalam Golden Globes baru-baru ini. Ketika ditanya mengenai beberapa siri serangan terhadap penduduk Asia-Amerika, Zhao memberitah­u wartawan selepas acara anugerah bahawa “mencuba melihat dunia dari persepktif orang lain merupakan satusatuny­a cara kita dapat bertahan sebagai satu spesis.” “Saya kadang-kala merasakan seperti orang mempunyai begitu banyak kebencian, mungkin mereka hanya membenci diri mereka sendiri,” tambah beliau. Bagi penulis bersama ‘Raya’, Qui Nguyen, peluang bahawa ‘Raya and the Last Dragon’ boleh membuka mata lebih banyak lagi pihak merupakan “satu impian yang menjadi kenyataan.” “Ada ketikanya dalam tempoh 365 hari lepas di mana terdapat banyak bayangan dan kata-kata negatif mengenai orang Asia,” jelas beliau. “Ia adalah sukar untuk tidak menghargai bahawa filem ini muncul untuk memberikan kita satu pengajaran.” “Dengan segala-galanya yang telah berlaku pada tahun lepas – keganasan terhadap penduduk Asia-Amerika, melihat satu sama lain sebagai ‘orang lain’ – kata-kata mempunyai kuasa,” tambah penulis bersama Adele Lim. “Diharapkan filem ini adalah kata-kata kami, dan pesanan kami kepada dunia adalah “marilah bersatu padu.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? FILEM BAHARU BERTEMAKAN ASIA: Gambar fail menunjukka­n (dari kiri) Dean Wellins, Awkwafina, Paul Briggs, Cassie Steele, Osnat Shurer, dan Adele Lim menghadiri acara ‘Go Behind The Scenes withWalt Disney Studios’ semasa D23 Expo 2019 di Anaheim Convention Center pada 24 Ogos 2019 di Anaheim, California.
KELLY MARIE TRAN
— Gambar AFP FILEM BAHARU BERTEMAKAN ASIA: Gambar fail menunjukka­n (dari kiri) Dean Wellins, Awkwafina, Paul Briggs, Cassie Steele, Osnat Shurer, dan Adele Lim menghadiri acara ‘Go Behind The Scenes withWalt Disney Studios’ semasa D23 Expo 2019 di Anaheim Convention Center pada 24 Ogos 2019 di Anaheim, California. KELLY MARIE TRAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia