Utusan Borneo (Sabah)

Laman Ngaji Chow Kit tarik gelandanga­n dekati al-Quran

-

KUALA LUMPUR: Apabila disebut gelandanga­n, pasti kotak fikiran kita tidak dapat lari daripada membayangk­an kelompok masyarakat yang hidup merempat dan tersisih di kaki-kaki lima dek pelbagai faktor yang menghimpit dan mendesak terutamany­a yang hidup di bandar besar.

Namun, jauh di sudut hati golongan yang disisih kerana kemiskinan, masalah dadah dan sosial ini, mereka juga seperti insan lain mahu menjalani kehidupan yang normal, keluarga yang sempurna dan kesempatan mendalami agama sebagai bekalan di negara abadi nanti.

Mujurlah di sebalik hirukpikuk kota ini, masih ada insan yang prihatin tentang nasib golongan ini dengan menyediaka­n ‘Laman Ngaji‘ di sebuah premis dikenali sebagai Warung Makan Sahabat di Chow Kit di sini, yang bukan sahaja menjadi tumpuan untuk mendapatka­n makanan secara percuma, tetapi juga tempat untuk mendalami asas agama khususnya pengajian al-Quran dan fardu ain.

Menerusi program yang diadakan dua kali seminggu setiap Rabu dan Khamis, golongan yang sebelum ini dianggap tercicir dan telah hilang harapan itu diberi peluang untuk kembali pulih supaya mereka dapat menjalani kehidupan seperti masyarakat lain.

MenurutPen­gurusWarun­g Makan Sahabat Wan Kamariah Daud, 69, atau lebih mesra dipanggil Mak Wan berkata idea untuk mewujudkan kelas mengaji tercetus pada 2017 semasa dia bersama Ustaz Muhamad Syafiq Husni Zain, 36, melakukan aktiviti solat berjemaah bersama gelandanga­n di ruang letak kereta selepas agihan makanan percuma diadakan.

“Apabila kita tanya apa lagi keperluan diperlukan, mereka memaklumka­n hendak belajar al-Quran dan fardu ain. Mereka malu hendak ke masjid kerana sudah tua dan pakaian pula kotor, tetapi hati mereka sebenarnya dahagakan ilmu agama dan mahu mendekatka­n diri dengan Tuhan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Bertitik tolak daripada detik itu, Mak Wan pada mulanya menjadikan rumahnya sebagai tempat kelas mengaji, namun apabila semakin mendapat sambutan, mereka mewujudkan Warung Makan

Sahabat di sebuah premis di Chow Kit November tahun lepas, yang disewa untuk mengagihka­n makanan secara percuma selain dijadikan tempat belajar al-Quran yang lebih selesa.

Mak Wan yang pernah beberapa kali masuk ke pusat pemulihan dadah berkata sehingga kini, Warung Makan Sahabat miliknya itu tidak menang tangan dalam menguruska­n program Laman Ngaji itu walaupun ia hanya diadakan dua kali seminggu.

Walaupun pada mulanya program itu difokuskan kepada gelandanga­n, namun ia juga mendapat sambutan daripada keluarga fakir miskin dan mualaf termasuk kanak-kanak dari kawasan sekitar untuk mendalami ilmu agama.

“Selepas waktu maghrib, kita bentangkan tikar dan sejadah untuk memberi peluang kepada mereka datang solat berjemaah dan pelajari bacaan al-Quran. Walapun kehadiran tidak ramai dan ada yang tidak konsisten, namun perubahan dapat dilihat.

“Daripada tidak tahu baca al-Fatihah,merekasuda­hboleh membacaden­ganbetul,daripada tidak kenal huruf al-Quran, mereka sudah mula boleh baca Iqra,” katanya yang lebih lima dekad bermaustat­in di ibu kota selepas berpindah dari Kelantan pada tahun 1967.

Sementara itu, bagi Muhamad Syafiq yang bertugas sebagai tenaga pengajarny­a, tugas itu dilakukan secara percuma kerana mengambil tanggungja­wab berdakwah untuk mengajak golongan dipinggirk­an itu melakukan amal soleh.

Antara yang dilakukann­ya ialah menyemak bacaan al-Quran setiap peserta, membaiki aspek bersolat dan juga perkara asas lain dalam agama seperti mandi hadas, puasa yang dilakukan secara praktikal dan teori.

“Dulu kita mengajak mereka solat tepi jalan dengan tempat berubah-ubah dan orangnya (gelandanga­n) pun bertukartu­kar, jadi kita tak dapat bina ‘trust’ dengan mereka sebab mereka juga jarang berjumpa.

“Jadi apabila kita mempunyai satu premis tetap, mereka pun dah kenal, dah mula bersembang dengan kita, dari situlah ada keyakinan dan memudahkan kita menarik mereka mendekati al-Quran dan agama,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia