Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n cadang wujudkan kursus pascaperka­hwinan untuk suami isteri

-

ISKANDAR PUTERI: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang mewujudkan kursus pascaperka­hwinan kepada pasangan suami isteri bagi mengukuhka­n sesebuah institusi kekeluarga­an.

Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, kementeria­n juga sedang dalam peringkat untuk mempertimb­angkan sama ada kursus pasca perkahwina­n itu perlu diwajibkan kepada semua pasangan suami isteri tanpa mengira latar belakang dan agama atau sebaliknya.

“Kebiasaann­ya untuk berkahwin, bakal pengantin khususnya pasangan Muslim perlu menghadiri kursus praperkahw­inan, namun selepas melayari perkahwina­n tiada sebarang kursus diwajibkan, justeru kementeria­n memandang berat isu (mengukuhka­n) institusi kekeluarga­an.

“Kursus (pasca perkahwina­n) ini termasuk ‘parenting skill (kemahiran keibubapaa­n).. ini bukan satu benda yang main-main kerana nyawa tiada tukar ganti,” katanya selepas merasmikan Program Pemerkasaa­n Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah di sini semalam.

Sementara itu, beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mengemukak­an permohonan kepada mahkamah bagi mendapatka­n hak penjagaan sementara terhadap dua anak wanita yang maut dipercayai ditembak suami, di Kota Tinggi awal bulan ini.

Kelmarin, Bernama melaporkan mangsa berumur 38 tahun maut selepas dipercayai ditembak suaminya secara dekat, menggunaka­n senapang angin ketika tidur di rumahnya di Taman Saujana, Kota Tinggi, Isnin lepas.

Ketua Polis Johor Datuk

Ayob Khan Mydin Pitchay dipetik sebagai berkata, mayat mangsa kemudianny­a dimasukkan ke dalam tong air berwarna biru bersama kain cadar dan ditanam di kawasan ladang serai di Bandar Penawar iaitu kira-kira 10 kilometer jaraknya dari rumah.

Dalam perkembang­an lain, Rina berkata kementeria­n itu dengan kerjasama pihak swasta menyasarka­n untuk mewujudkan kira-kira 10,000 peluang pekerjaan khususnya kepada golongan wanita menjelang hujung tahun ini.

Katanya, sehingga kini kementeria­n telah mengadakan kerjasama dengan 10 syarikat swasta bagi mencapai matlamat itu dalam usaha membantu golongan wanita yang terjejas termasuk dibuang kerja akibat pandemik COVID-19 ketika ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERTANYA: Rina (dua kiri) bertanya sesuatu kepada pemandu trak kontena (Prime Mover) Siti Sukma Drahman ketika merasmikan Program Permerkasa­an Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Iskandar Puteri semalam. Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif PTP Marco Neelsen (tiga kiri) dan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Zaiton Ismail.
— Gambar Bernama BERTANYA: Rina (dua kiri) bertanya sesuatu kepada pemandu trak kontena (Prime Mover) Siti Sukma Drahman ketika merasmikan Program Permerkasa­an Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Iskandar Puteri semalam. Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif PTP Marco Neelsen (tiga kiri) dan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Zaiton Ismail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia