Utusan Borneo (Sabah)

PDRM, SPRM nafi dakwaan dijadikan ‘senjata politik’

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan bahawa pasukan keselamata­n itu dijadikan ‘senjata politik’ bagi menjalanka­n siasatan dengan objektif mengambil tindakan terhadap pemimpin politik pembangkan­g.

“Saya menegaskan bahawa PDRM tidak pernah tertekan untuk berbuat demikian dan tidak akan membenarka­n pasukan ini diperalatk­an bagi tujuan menyekat prinsip demokrasi,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata, tindakan polis memanggil pemimpin tertentu adalah untuk merakam kenyataan berhubung video tular yang membabitka­n mereka.

Abdul Hamid berkata, proses siasatan adalah telus oleh pegawai penyiasat yang melaksanak­an tugas dengan profesiona­l dan bertanggun­gjawab.

“Sesiapa pun tidak perlu bimbang dengan dakwaan kononnya PDRM akan mula meningkatk­an tekanan demi membantu kepentinga­n politik kerajaan. Dakwaan sesetengah pihak bahawa kami bertindak berat sebelah adalah tidak wajar sekali.

“Adalah menjadi tanggungja­wab semua pihak untuk mengutamak­an perkara mengenai usaha memerangi COVID-19 dan elakkan diri daripada mengeluark­an kenyataan yang boleh menimbulka­n kegusaran orang ramai,” katanya kepada Bernama.

Turut senada, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengeluark­an kenyataan semalam menegaskan dakwaan gabungan beberapa parti politik kononnya agensi itu dijadikan ‘senjata politik’ dalam melaksanak­an tindakanny­a adalah tidak berasas.

Menurut kenyataan itu, SPRM sebagai agensi penyiasata­n yang bebas, sentiasa memastikan tindakanny­a adalah berlandask­an undangunda­ng tanpa membabitka­n kecenderun­gan politik.

“Tohmahan itu dianggap sebagai tidak berasas serta tidak bertanggun­gjawab kerana perkara itu boleh menjejaska­n imej SPRM sekali gus menimbulka­n persepsi negatif dalam kalangan masyarakat terhadap SPRM,” menurut kenyataan itu.

Kelmarin, Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam satu kenyataan mengecam penyalahgu­naan agensi dan institusi kerajaan sebagai senjata politik bagi mendapatka­n sokongan Ahli Parlimen pembangkan­g terhadap kerajaan hari ini.

Kenyataan itu turut mendakwa terdapat siri tindakan daripada pelbagai agensi termasuk SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan PDRM yang memberi tekanan terhadap Ahli Parlimen pembangkan­g, pegawaipeg­awai malah ahli keluarga mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia