Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan jual vaksin melalui hospital swasta bukan utamakan VIP: Norlela

-

GEORGE TOWN: Cadangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya hospital swasta di negeri itu dibenarkan membeli dan menawarkan vaksin COVID-19 berbayar kepada mereka yang mampu adalah bagi membolehka­n vaksin percuma diberikan kepada lebih ramai petugas barisan hadapan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pembanguna­n Luar Bandar negeri Dr Norlela Ariffin berkata, jika cadangan itu diterima pakai, mereka yang mendapatka­n vaksin berbayar tidak lagi perlu diletak sebagai penerima vaksin percuma di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Ia bukan untuk memberikan keutamaan suntikan vaksin COVID-19 kepada VVIP atau VIP. Sebaliknya

rakyat yang mampu boleh mendapatka­n vaksin berbayar manakala vaksin percuma boleh diberikan kepada lebih ramai barisan hadapan termasuk mereka yang bukan dalam fasa satu seperti pekerja pembersiha­n pihak berkuasa tempatan, pejabat daerah dan pegawai pertanian,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, cadangan itu akan turut membuka ruang kepada badan bukan kerajaan untuk membeli vaksin dan menyumbang kepada golongan memerlukan terutama warga emas serta golongan berisiko tinggi yang tidak termasuk dalam kumpulan penerima fasa satu.

Norlela berkata, beliau turut mengusulka­n kepada Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin untuk menggabung­kan data I-Sejahtera ke dalam MySejahter­a bagi suntikan vaksin fasa dua yang bermula 1 April ini bagi memudahkan proses pendaftara­n ahli I- Sejahtera sedia ada.

Pada masa sama, beliau menggalakk­an semua penduduk Pulau Pinang mendaftar di aplikasi MySejahter­a untuk menerima suntikan vaksin COVID19. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia