Utusan Borneo (Sabah)

Guardiola larang anak buahnya merantau

-

LONDON: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mengikut langkah rakan sejawat Jurgen Klopp dengan melarang anak buah mereka daripada perjalanan yang mewajibkan mereka untuk kuarantin selepas pulang.

Di bawah polisi COVID-19 kini, pemain yang tiba di Britain dari zon merah, termasuk Brazil dan Argentina, akan ditahan di hotel selama 10 hari.

FIFA telah mengeluark­an arahan kepada kumpulan-kumpulan untuk menghalang pemain yang mungkin terjejas akibat polisi itu

daripada menyertai negara mereka dalam jangka masa bulan ini, termasuk kelayakan ke Piala Dunia.

Klopp berkata minggu ini bahawa beliau telah menghalang sesetengah pemain daripada merantau dan beberapa jurulatih Liga Perdana telah mengikuti langkahnya. Guardiola dalam kenyataann­ya pada Jumaat, beliau tidak mahu menghalang anak buahnya daripada mewakili negara sendiri, namun terpaksa menegah mereka buat masa kini yang semakin menghampir­i kejohanan Liga Perdana. “Saya rasa tidak patut jika pemain itu menyertai pasukan negaranya namun kemudian perlu mengasingk­an diri selama 10 hari selepas pulang,” tambahnya. “Kami telah berusaha keras untuk tujuh, lapan, atau sembilan bulan dan selepas rehat kebangsaan ialah bahagian yang terpenting, dan jika beberapa pemain utama kami, enam, tujuh, lapan, sembilan pemain tidak dapat turun padang untuk 10 hari, ia tidak masuk akal.

“Yang pasti, mereka tidak akan bergerak. Jika mereka boleh merantau, bermain untuk pasukan negara dan kembali terus untuk latihan, mereka boleh merantau.”

Sesetengah kawasan telah meminda tarikh perlawanan untuk mengelak larangan merantau.

Portugal telah mengumumka­n mereka akan bermain sebagai tuan rumah dalam pusingan kelayakan Piala Dunia melawan

Azerbaijan di Turin, sementara Norway akan menghadapi Turki di Malaga.

Jose Mourinho yang mengendali­kan Tottenham Hotspur berkata beliau masih menunggu sebarang pindaan tarikh permainan sebelum membuat keputusan untuk skuadnya. — AFP

 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia