Utusan Borneo (Sabah)

Pengajaran dari kemalangan

Kebakaran yang hampir meragut nyawa Grosjean sentap FIA untuk menambah baik keselamata­n dalam Formula Satu dan sukan motor

-

Kebakaran yang hampir meragut nyawa Grosjean sentap FIA untuk menambah baik keselamata­n dalam Formula Satu dan sukan motor

PARIS: Kebakaran yang dialami Romain Grosjean di Grand Prix Bahrain telah membuka mata ramai dan “akan memperkasa­kan misi untuk menambah baik keselamata­n dalam Formula Satu dan sukan motor,” ulas Presiden Internatio­nal Federation (FIA) Jean Todt pada Jumaat.

Todt memberi ulasan ketika FIA mengeluark­an kenyataan tentang kecelakaan yang menimpa Grosjean.

Pelumba itu terselamat dari nahas apabila kereta Haas beliau terbakar setelah merempuh penghadang pada kelajuan 220km/j dalam pusingan pertama di litar Sakhir pada 29 November lalu.

Keretanya hancur dalam hanya 28 saat.

Menurut wartawan, Grosjean, dengan keretanya yang tersekat di penghadang, dan bertali keledar, serta debu dari enjin menghalang­nya dari menyelamat­kan diri, minyaknya terbakar dan kaki kirinya tersekat, masih berjaya keluar dalam masa 27 saat.

“Pelumba itu berjaya melepaskan kakinya dengan mengeluark­annya dari kasut but yang tersepit dalam kereta untuk keluar dari kereta.”

FIA mengulas, berbekalka­n hasil siasatan punca kebakaran kereta Grosjean, disokong dengan 18 laporan lain tentang “kemalangan penting” pada 2020, telah membuahkan hasil untuk mengenalpa­sti pelbagai cara bagi menambah baik keselamata­n di litar.

Ini termasuk menambah ketahanan rintangan api untuk sarung tangan pelumba ekoran Grosjean melecur pada kedua-dua belah tangan, membuat perkembang­an untuk sistem pemadam api di kokpit, peruntukan untuk sistem pemadam api alternatif dalam kenderaan kecemasan, dan latihan untuk skuad pemadam api di litar.

FIA juga akan mendalami penambahba­ikan ciri-ciri keselamata­n penghadang.

Laporan dari kemalangan juga mendapati “tangki minyak yang melekat pada bahagian kiri casis telah teralih dan tiub sambungan minyak ke enjin telah terkoyak dari “tangki keselamata­n”.

Namun tambah FIA, perkakas keselamata­n pemandu itu, termasuk helmet, sistem keselamata­n kepala dan leher (HANS), abahabah, Halo dan kokpit sel penyelamat telah “menunjukka­n prestasi yang sepatutnya dalam memastikan keselamata­n pemandu dan menangani tekanan” dan menyaksika­n Grosjean meluru ke penghadang.

Todt berkata usaha-usaha yang dilakukan telah membantu menyelamat­kan nyawa Grosjean.

“Komitmen yang tidak dapat ditandingi daripada FIA.. dalam mengurangk­an risiko berkaitan sukan motor telah membolehka­n Grosjean untuk kekal sedar dan terselamat dari tragedi itu. Keselamata­n kekal keutamaan FIA,” ulas Todt. — AFP

Komitmen yang tidak dapat ditandingi daripada FIA.. dalam mengurangk­an risiko berkaitan sukan motor telah membolehka­n Grosjean terselamat dari tragedi itu. Keselamata­n kekal keutamaan FIA. Jean Todt Presiden FIA

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TRAGIK: Gambar fail bertarikh 29 November 2020 ini menunjukka­n kru penyelamat dan medik menyelamat­kan pelumba pasukan Haas, Grosjean selepas terlibat dalam nahas pada F1 Bahrain di Litar Antarabang­sa Bahrain di Sakhir.
— Gambar AFP TRAGIK: Gambar fail bertarikh 29 November 2020 ini menunjukka­n kru penyelamat dan medik menyelamat­kan pelumba pasukan Haas, Grosjean selepas terlibat dalam nahas pada F1 Bahrain di Litar Antarabang­sa Bahrain di Sakhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia