Utusan Borneo (Sabah)

Schalke terikat tanpa jaringan dengan Mainz dalam aksi perlawanan Bundesliga

-

BERLIN: Pasukan tercorot Bundesliga Schalke diikat seri tanpa jaringan di tempat sendiri kepada Mainz pada Jumaat sementara jurulatih Dimitrios Grammozis hanya meraih satu mata dalam perlawanan pertamanya.

Grammozis merupakan ketua jurulatih kelima Schalke pada hari Selasa musim ini dan kontrak beliau akan tamat pada Jun 2022.

Bagaimanap­un, musim kedua perjanjian itu kemungkina­n berada dalam divisyen kedua melainkan beliau mampu mengubah keputusan perlawanan.

Ini merupakan bimbingan pertamanya dalam Bundesliga.

Jurulatih 42 tahun itu kini mempunyai baki sepuluh perlawanan untuk menutup jurang lapan mata bagi menyelamat­kan Schalke dari tangga tercorot dan keluar dari zon penyingkir­an.

Schalke hanya memenangi satu perlawanan liga sepanjang musim ini dan diancam penyingkir­an setelah 30 tahun berturut-turut kekal di Bundesliga.

Perlawanan di tempat lawan itu melonjakka­n Mainz ke tangga 16 dan kedudukan setaraf dengan Arminia Bielefeld dan Hertha Berlin dengan hanya 18 mata.

Ketiga-tiga pasukan bersaing mengelak penyingkir­an.

Mainz, tanpa disangka telah menewaskan Moenchengl­adbach dua minggu lalu, menerjah gol pihak lawan dengan 19 cubaan, berbalas hanya 2 cubaan dari skuad tuan rumah.

Peluang keemasan mereka pada minit ke lapan oleh penyerang 20 tahun Jonathan Burkardt telah mencabar ketangkasa­n penjaga gol Schalke Frederik Roennow.

Pada minit ke-18, cubaan bekas pemain pertahanan Arsenal Shkodran Mustafi hampir membuahkan hasil dengan tandukanny­a namun tersasar dan dikeluarka­n semula ekoran terkena kaki penjaga gol Mainz Robin Zentner.

Schalke dikejutkan sebelum perlawanan apabila pemain pengatur serangan Amine Harit terpaksa meninggalk­an padang akibat kecederaan.

 ?? — Gambar AFP ?? RANCAK: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Bundesliga di antara Schalke dan Mainz di Gelsenkirc­hen.
— Gambar AFP RANCAK: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Bundesliga di antara Schalke dan Mainz di Gelsenkirc­hen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia