Utusan Borneo (Sabah)

ESSCom gagalkan cubaan seludup ketum

Empat lelaki ditahan bersama sebuah van dengan nilai keseluruha­n rampasan RM121,310

- Oleh Hamzah Sanudin

KALABAKAN: Empat lelaki warga tempatan ditahan pasukan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) selepas disyaki cuba membawa masuk daun ketum ke daerah ini, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, ESSCom bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sedang melaksanak­an tugas rondaan di Pusat Pemeriksaa­n Daratan (RCP) menahan sebuah van putih dalam keadaan mencurigak­an.

Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, pemeriksaa­n awal mendapati terdapat empat lelaki warga tempatan berumur 24 hingga 72 tahun di dalam van berkenaan.

“Pasukan keselamata­n turut menemui dua buah kotak coklat dan satu kotak jenis polestrin putih yang disembunyi­kan di bahagian belakang van berkenaan disyaki mengandung­i bahan terlarang.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut ke atas kotak-kotak berkenaan berjaya menemukan 11 kilogram (kg) daun ketum dan 20 bungkusan air ketum disyaki cuba diseludup untuk pasaran di daerah ini,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, kesemua suspek termasuk pemandu van yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kalabakan untuk tindakan selanjutny­a dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Pasukan keselamata­n turut merampas sebuah van putih 2.8L diesel dengan nilai keseluruha­n rampasan dianggarka­n RM121,310,” katanya.

Ahmad Fuad berkata, kejayaan ini merupakan hasil usaha semua pasukan keselamata­n yang terlibat dalam menjayakan penugasan di RCP ESSCom terutamany­a anggota Batalion 14 PGA Tawau.

“ESSCom bersama pasukan keselamata­n lain akan terus memperketa­tkan kawalan keselamata­n di sempadan perairan dan daratan di seluruh ESSZone.

“Rondaan dan pemantauan secara agresif melalui pelaksanaa­n Op Cegah PTI (OCP) dengan menggunaka­n konsep ‘show of presence’ bagi mengekang jenayah daripada negara jiran,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK: Kesemua suspek yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kalabakan untuk tindakan selanjutny­a.
SUSPEK: Kesemua suspek yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kalabakan untuk tindakan selanjutny­a.
 ??  ?? RAMPASAN: Daun dan air ketum yang berjaya dirampas.
RAMPASAN: Daun dan air ketum yang berjaya dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia