Utusan Borneo (Sabah)

Ikan laga miliki potensi komersil

Boleh dijadikan sumber pendapatan golongan muda, kata Jahid

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Aktiviti penternaka­n ikan laga miliki potensi sebagai bidang perniagaan sampingan kepada golongan belia terutama mereka yang kurang berkemampu­an.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Jahid Jahim berkata, aktiviti berkenaan semakin mendapat sambutan dan mampu dijadikan sumber pendapatan dalam kalangan orang muda.

Selain itu katanya, tidak ramai pengusaha yang benar-benar menjadikan penternaka­n ikan laga untuk dipasarkan.

“Memelihara ikan hiasan mungkin dianggap sekadar hobi kepada peminat yang biasanya menempatka­n ikan emas, kelisa dan ‘flower horn’ di dalam akuarium yang dihias cantik di sudut kediaman masing-masing.

“Namun, ikan hiasan laga atau dikenali sebagai ‘betta fish’ kini mempunyai peminat tersendiri, tidak kira golongan tua atau generasi muda,” katanya selepas menerima kunjungan pengusaha ikan laga di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, misi kementeria­n adalah untuk membantu masyarakat termasukla­h golongan belia yang tersenarai dalam e-Kasih di luar bandar untuk keluar dari kemiskinan.

Justeru, pihaknya menyeru kepada golongan berkenaan agar menceburi bidang perniagaan terbabit bagi membantu meningkatk­an sumber pendapatan.

Katanya, ikan laga mempunyai tarikan tersendiri mengikut jenis, warna, bentuk dan ciri-ciri.

“Kerajaan melalui Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) akan membantu golongan belia yang tersenarai dalam eKasih, terutama mereka yang ingin mencuba, serta kawasan yang ada anak muda berminat dalam bidang ternakan ini.

“KPLB bersedia untuk membantu golongan berkenaan dari segi kursus dan latihan khususnya berkaitan ternakan ikan laga,” katanya.

Pihaknya akan mengenal pasti agensi yang mempunyai kepakaran dalam perusahaan ikan laga.

Dalam pada itu, salah seorang pengusaha yang hadir, Ridwan Kanaung berkata, selepas menyedari potensi ikan laga, beliau akhirnya menjadikan ternakan ikan berkenaan sebagai sumber pendapatan sampingann­ya.

Menurutnya, ternakan ikan laga mampu memberi pulangan lumayan kerana walaupun bersaiz kecil, harga seekor ikan boleh mencecah antara RM30 hingga RM1,000 jika jenis ikan terbabit sukar ditemui.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Unit Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (Persekutua­n) Nelbon Tulis Missun.

 ??  ?? IKAN LAGA: Jahid (tengah) tertarik melihat ikan laga jenis‘Candy Halfmoon’dan‘Hmpk Koi Galaxy Multi’ yang diperkenal­kan oleh pengusaha ikan laga.
IKAN LAGA: Jahid (tengah) tertarik melihat ikan laga jenis‘Candy Halfmoon’dan‘Hmpk Koi Galaxy Multi’ yang diperkenal­kan oleh pengusaha ikan laga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia