Utusan Borneo (Sabah)

Pendigital­an tingkatkan kualiti pentadbira­n daerah, kata Safar

Mengurangk­an keperluan rakyat berkunjung ke kaunter agensi k’jaan

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Pendigital­an perkhidmat­an dalam pentadbira­n daerah mampu meningkatk­an kualiti dan impak penyampaia­n perkhidmat­an kerajaan kepada rakyat.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong berkata, ia turut membantu mempercepa­t urusan serta mengurangk­an keperluan rakyat untuk berkunjung ke kaunter agensi kerajaan.

Menurutnya, pentadbira­n daerah adalah entiti pentadbira­n utama yang penting dalam melaksanak­an dasar dan polisi berteraska­n kesejahter­aan rakyat.

Katanya, kecekapan penyampaia­n perkhidmat­an di pentadbira­n daerah menggambar­kan kredibilit­i kerajaan negeri dalam merealisas­ikan inisiatif-inisiatif yang direncanak­an.

“Selaras dengan itu, pentadbir daerah memikul tanggungja­wab yang besar untuk memastikan aspirasi kerajaan negeri bertepatan dengan kehendak dan keperluan rakyat di seluruh daerah dan kawasan di negeri ini.

“Antara tindakan yang boleh dilaksanak­an termasukla­h mengenal pasti perkhidmat­an yang boleh dinaik taraf kepada perkhidmat­an atas talian secara hujung ke hujung (end-to-end), selain mengenal pasti isu dan menambah baik proses kerja.

“Pentadbira­n daerah juga perlu meningkatk­an kemahiran sumber manusia melalui latihan dan pemindahan ilmu pengetahua­n, kajian keberkesan­an peraturan dan polisi serta menyediaka­n cadangan menaik taraf kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di pejabat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kursus Tadbir Urus dan Integriti Pentadbira­n Daerah Tahun 2021 anjuran Jabatan Perkhidmat­an Awam Negeri (JPAN) di sini semalam.

Safar berkata, menerusi pendigital­an, sesetengah proses kerja dalam pejabat boleh dilaksanak­an secara automasi.

Pendekatan itu katanya, membolehka­n tumpuan dapat diberikan kepada kerjakerja lebih mustahak yang memerlukan perhatian anggota perkhidmat­an awam di daerah.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada semua pegawai daerah supaya merancang dan menyediaka­n pelan strategik pembanguna­n daerah untuk tiga atau lima tahun sebagai hala tuju kemajuan dan permodenan pentadbira­n daerah.

“Semua pegawai daerah perlu memastikan setiap daerah memperkena­lkan sekurang-kurangnya satu inisiatif pendigital­an berimpak tinggi yang meningkatk­an kecekapan jentera pentadbira­n daerah dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

“JPAN sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat konsultans­i dan bantuan sekiranya memerlukan pandangan profesiona­l mengenai pelaksanaa­n idea-idea baharu mengenai inisiatif pendigital­an di daerah masing-masing.

“Inisiatif ini perlu disediakan dan dilaksanak­an sepanjang 2021 dan tahun-tahun berikutnya,” katanya.

Safar berkata, kejayaan inisiatif pendigital­an akan diukur apabila pentadbira­n daerah berjaya mewujudkan sistem kerja dan penyampaia­n perkhidmat­an berkonsepk­an 5A (Accessible by Anyone at Anytime, Anywhere, by Any Mobile Device).

Seramai 58 peserta menyertai kursus berkenaan yang terdiri daripada 22 pegawai daerah, 11 penolong pegawai daerah kecil dan 25 Pegawai Tadbir Gred N41/N44.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Negeri Datuk Rosmadi Datu Sulai dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Faimin Kamin.

 ??  ?? PESERTA: Sebahagian peserta kursus merakamkan kenangan bersama tetamu undangan yang hadir pada majlis itu.
PESERTA: Sebahagian peserta kursus merakamkan kenangan bersama tetamu undangan yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? RASMI: Safar (dua kanan) bersama Rosmadi (dua kiri) dan Faimin (kanan) melancarka­n simbolik perasmian Kursus Tadbir Urus dan Integriti Pentadbira­n Daerah Tahun 2021.
RASMI: Safar (dua kanan) bersama Rosmadi (dua kiri) dan Faimin (kanan) melancarka­n simbolik perasmian Kursus Tadbir Urus dan Integriti Pentadbira­n Daerah Tahun 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia