Utusan Borneo (Sabah)

Pelaksanaa­n SOP ketat di sekolah legakan ibu bapa

-

KOTA KINABALU: Pelaksanaa­n prosedur operasi standard (SOP) yang teratur dan ketat, melegakan perasaan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka yang memulakan sesi persekolah­an bagi murid tahun tiga hingga enam, yang bermula pada semalam.

Seorang suri rumah Elmina Jul, 24, yang menetap di Manggatal melahirkan kelegaan itu, kerana dengan SOP yang ditetapkan oleh pihak sekolah mengurangk­an kebimbanga­nnya untuk menghantar anaknya yang berumur 10 tahun.

Beliau berkata setelah sekian lama belajar secara dalam talian, kaedah itu memberi cabaran bagi dirinya untuk mengajar anaknya supaya mengikuti pembelajar­an menggunaka­n kaedah itu.

“Kalau di rumah memang susah sikit mahu mengajar dia (anak), tetapi hari ini buka sekolah dan saya rasa lega dan tengok SOP pun ketat, saya rasa senang hati juga,” katanya ketika ditemui di perkaranga­n Sekolah Kebangsaan Darau di sini semalam.

Bagi Norman Abdul Nusi, 37, juga bersyukur kerana anaknya yang berada dalam darjah empat kini sudah boleh ke sekolah dan beliau amat berpuas hati dengan pelaksanaa­n SOP di sekolah berkenaan.

Katanya, dengan pematuhan SOP itu sekurangku­rangnya mengurangk­an rasa kerisauan akan keselamata­n anaknya daripada dijangkiti virus COVID-19, ketika berada di sekolah.

Terdahulu Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali yang mengadakan lawatan ke sekolah itu, amat berpuas hati dengan pelaksanaa­n SOP yang dijalankan dan berharap ia akan dipatuhi oleh warga sekolah termasuk ibu bapa.

Beliau juga turut menyeru agar semua guru di negeri itu akan diberikan suntikan vaksin, kerana mereka juga sebahagian daripada petugas barisan hadapan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Dr Mistirine Radin dalam kenyataan memaklumka­n, seramai 191,972 murid tahun tiga hingga enam di Sabah memulakan sesi pembelajar­an secara bersemuka semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia