Utusan Borneo (Sabah)

Hargai sumbangan wanita dalam pelbagai bidang

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Semua pihak perlu terus menghargai sumbangan wanita dalam pelbagai bidang.

Ketua Srikandi BERSATU Sabah Datuk Azizah Mohd Dun berkata, jasa kaum wanita dalam menjayakan urusan dalam pelbagai sektor nyata tidak boleh disangkal lagi dan kekuatan wanita dalam mengendali­kan pengurusan sesebuah organisasi turut boleh dibanggaka­n.

“Kerana mengenang istimewany­a kaum wanita, maka sambutan Hari Wanita Sedunia atau juga dikenali sebagai Hari Wanita Antarabang­sa disambut setiap tahun bagi meraikan peranan wanita dalam pelbagai bidang.

“Walaupun hari ini tidak diisytihar­kan sebagai cuti umum di Malaysia, namun terdapat pelbagai acara atau aktiviti yang dilakukan dalam meraikanny­a dengan norma baharu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Beliau berkata, kewibawaan wanita adalah tiada tandingan dan wanita mampu menggerakk­an komunitice­merlang khasnya dalam pembentuka­n modal insan.

“Wanita sama ada ibu, isteri, guru, kakak, atau sebagainya perlu dihargai dengan penuh kasih sayang sebagai lambang penghormat­an dan peranan mereka yang sangat penting dalam kehidupan seharian.

“Wanita adalah penyumbang kepada kemajuan negara, pembanguna­n institusi kekeluarga­an dan pengukuhan masyarakat penyayang dan realiti dunia masa kini adalah diserikan dengan nukilan-nukilan jari jemari wanita dalam pelbagai sektor,” katanya.

Katanya, walaupun dunia dilanda pandemik COVID19, kepayahan demi kepayahan mengajar wanita untuk tetap bangkit mendepani cabaran.

Beliau menyeru semua pihak agar menghayati tema Hari Wanita yang sinonim dengan keadaan semasa.

Menurutnya, wanita perlu terus kuat dan tabah dalam mendepani cabaran semasa dan sentiasa bersedia untuk mengorak langkah lebih berani ke depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia