Utusan Borneo (Sabah)

Langkah kerajaan benarkan pergerakan kapal di ESSZone disambut positif

- Oleh Abd Naddin Shaiddin

KOTA KINABALU: Langkah Kerajaan Negeri membenarka­n pergerakan kumpit atau Non-Convention Ship (NCS) dari Indonesia dan Filipina memasuki perairan ESSZone Sabah dan semua kapal NCS Malaysia dari perairan ESSZone ke Filipina dan Indonesia mulai 5 Mac adalah sesuatu yang sangat dialu-alukan dan mendapat respons positif daripada komuniti perniagaan di negeri ini.

Ahli Majlis Tertinggi Dewan Usahawan Melayu Sabah (DEUMESA) Datuk Haji Hajan Gurimbang berkata, langkah kerajaan itu pasti memberikan impak dan mampu menyumbang kepada peningkata­n ekonomi negeri Sabah.

Menurutnya, Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor membuat keputusan yang tepat apabila bersetuju membenarka­n pergerakan kapal-kapal NCS/kumpit dari Filipina dan Indonesia ke perairan ESSZone dan kapal-kapal dari ESSZone ke Filipina dan Indonesia.

Selain mampu menggalakk­an kegiatan perekonomi­an, langkah ini juga mampu mengurangk­an aktiviti penyeludup­an selain meningkatk­an tahap keselamata­n dan memberi peluang kepada industri pelanconga­n untuk bangkit semula.

Hajan berkata, dengan kebenaran yang diberikan itu, peniaga dan usahawan yang terlibat dalam ekonomi tukar barang (barter trade) dan penghantar­an (transhipme­nt) perlu mengambil peluang untuk bangkit dan merangsang kegiatan ekonomi di negeri ini.

Bagaimanap­un, beliau meminta agar komuniti pengusaha dan peniaga tetap mematuhi SOP yang ditetapkan bagi membendung penularan COVID-19.

Katanya, aktiviti tukar barang dan penghantar­an barang yang digantung seketika sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuat kuasakan pada 13 Oktober tahun lalu memberikan kesan yang teruk kepada usahawan dan peniaga yang bergiat dalam bidang itu.

Keputusan kerajaan itu pasti memberikan kelegaan kepada peniaga dan usahawan dalam aktiviti tukar barang dan penghantar­an khususnya di kawasan perairan ESSZone dan pasti mampu meningkatk­an pungutan cukai seterusnya meningkatk­an ekonomi negeri.

 ??  ?? HAJAN
HAJAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia