Utusan Borneo (Sabah)

11 kes baharu positif COVID-19 dikesan dari Kluster Industri Inanam

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kluster Industri Inanam Kota Kinabalu mencatatka­n 11 kes baharu positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 20 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan kakitangan kilang plastik yang dikesan positif melalui saringan bergejala di Klinik Kesihatan Inanam pada 27 Februari 2021.

“Hasil saringan kontak rapat terhadap 139 individu, 20 kes didapati positif termasuk 11 kes baharu pada hari ini.

“Semua kontak rapat diarahkan menjalani kuarantin selama 10 hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Dalam pada itu, beliau berkata, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada 7 Mac 2021 adalah sebanyak 99 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,486 kes.

Katanya, daripada 99 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 38 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala enam kes, saringan kluster baharu dan sedia ada 30 kes dan 25 kes adalah dari lain-lain kategori.

“Jumlah pesakit COVID19 sembuh dari hospital ialah 92 menjadikan jumlah kumulatif 52,161 orang.

“Manakala, pesakit sedang menerima rawatan merangkumi 629 orang iaitu 225 orang di hospital, 402 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara.

“Bilangan pesakit dalam Unit Rawatan Rapi ialah 26 orang dan 11 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Sementara itu katanya, jumlah pendaftara­n terkini di MySejahter­a setakat 7 Mac 2021 jam 3 petang ialah 3,224,641 orang.

Katanya, setakat ini statistik vaksinasi Sabah adalah seramai 3,545 orang telah menerima suntikan vaksin harian dos pertama menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 9,403 orang.

 ??  ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia