Utusan Borneo (Sabah)

JKR diminta jelaskan punca bangunan baharu Hospital Tawau lewat disiapkan

- Oleh Amir Anuar

TAWAU: Jabatan Kerja Raya (JKR) digesa menjelaska­n status terkini fasiliti bangunan baharu Hospital Tawau yang bernilai RM233 juta semasa dilancarka­n pada 2017.

Ketua UMNO Bahagian Tawau Ghazalie Ansing berkata, JKR sebagai pelaksana projek kemudahan asas rakyat itu perlu bertanggun­gjawab menjelaska­n punca kelewatann­ya.

“Projek fasiliti baharu terbabit sepatutnya siap pada Mei 2020 tetapi gagal menyebabka­n kerajaan memberi tempoh lanjutan sehingga April ini kepada kontraktor terlibat.

“Namun berdasarka­n perkembang­an semasa, warga Tawau nampaknya perlu menunggu lebih lama lagi,’ katanya, menerusi kenyataan medianya, di sini, semalam.

Ghazalie percaya JKR perlu mengambil langkah-langkah perlu untuk menyegerak­an kerja-kerja menyiapkan projek berkenaan demi kemudahan kesihatan warga Tawau.

Menurutnya, bangunan baharu itu sepatutnya menaik taraf kemudahan sedia ada Hospital Tawau dan mengurangk­an kesesakan dengan adanya pelbagai kemudahan tambahan.

“Mengikut perancanga­n, antara kemudahan yang dirancang adalah 154 katil termasuk 10 katil unit rawatan rapi (ICU), 30 mesin dialisis baharu dan enam bilik bedah,” katanya.

Beliau khuatir trend angka pesakit yang mencapai tahap maksimum semenjak beberapa tahun lepas di hospital terbabit ketika projek itu tidak menunjukka­n tanda dapat disiapkan segera.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ada menerima laporan bahawa pesakit dialisis paling terkesan akibat kelewatan itu berikutan mesin dialisis di bangunan lama tidak mencukupi.

“Pertambaha­n 30 unit mesin dialisis berkenaan di bangunan baharu itu sepatutnya memberikan harapan kepada pesakit-pesakit yang berada dalam senarai menunggu.

“Saya percaya JKR sepatutnya tahu masalah ini dan mendesak kontraktor menjalanka­n kerja dengan berkesan bukannya berlembut sehingga warga Tawau menderita,” katanya.

Malah, ketika musim pandemik juga beliau percaya sekiranya bangunan terbabit siap sudah tentu dapat meningkatk­an keupayana pihak hospital merawat pesakit.

Ghazalie berkata, orang Tawau tidak boleh menunggu lebih lama sebelum bangunan itu disiapkan kerana sudah menjadi tanggungja­wab kerajaan menyediaka­n kemudahan asas.

“Tidak ada guna kita mendengar keluh kesah rakyat, melancarka­n projek bernilai ratusan juta ringgit tetapi projek begini gagal disiapkan mengikut tempoh ditetapkan,” katanya.

Menyentuh hal berasingan, beliau turut mempersoal­kan pendekatan JKR untuk menyelesai­kan masalah bekalan air yang melanda penempatan-penempatan di daerah itu.

Misalnya, Bandar Sri Indah yang dibangunka­n sebagai mercu tanda baharu Tawau tetapi pembanguna­nnya tidak selari dengan kemudahan bekalan air bersih yang konsisten.

 ??  ?? GHAZALIE
GHAZALIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia