Utusan Borneo (Sabah)

Perbadanan Labuan terapkan pembudayaa­n norma baharu dalam komuniti

-

LABUAN: Perbadanan Labuan (PL) menggarisk­an tiga strategi utama untuk menerapkan pembudayaa­n norma baharu bagi mencegah penularan COVID-19 dalam komuniti.

Ketua Pegawai Eksekutif PL Dr. Fary Akmal Osman berkata, pelaksanaa­n pembudayaa­n norma baharu dalam komuniti akan dibahagika­n kepada tiga peringkat iaitu Kempen Kesedaran, Amalan Sanitasi dan Promosi Pembudayaa­n Norma Baharu.

“Perbadanan Labuan sebagai pihak berkuasa tempatan dan agensi utama di Labuan perlu menjadi peneraju dalam memberi kesedaran tentang keperluan pembudayaa­n norma baharu terhadap komuniti.

“PL akan bekerjasam­a dengan Jabatan Penerangan Labuan bagi pelaksanaa­n kempen kesedaran, taklimat secara atas talian akan diadakan sebanyak lima sesi manakala taklimat secara bersemuka melibatkan pemimpin masyarakat akan diadakan pada 10 April 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pembudayaa­n Norma Baharu Dalam Komuniti Bagi Mencegah Penularan COVID-19, di perbadanan tersebut di Wisma Perbadanan Labuan, pada Sabtu lalu.

Bagi Amalan Sanitasi, PL akan menyumbang sebanyak 136 set peralatan sanitasi kepada 17 buah sekolah rendah, 10 buah sekolah menengah, 10 buah sekolah rendah agama, sebuah sekolah menengah agama, tiga buah sekolah tahfiz dan 27 buah kampung.

“Setiap penerima akan mendapat dua set peralatan sanitasi dan Unit Kesihatan, Jabatan Perkhidmat­an Perbandara­n, PL akan menyelaras keperluan latihan bagi kaedah serta tatacara sanitasi kepada semua penerima peralatan sanitasi,” katanya.

Bagi peringkat Promosi Pembudayaa­n Norma Baharu, PL juga menyediaka­n bahan promosi iaitu 100 unit banner dan 180 unit bunting.

“Bahan promosi ini akan diserahkan kepada Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Wilayah Persekutua­n (MPPWP) Labuan untuk diagihkan kepada lima MPPWP Sub Zon Labuan dan diletakkan di kampung-kampung khususnya di tempattemp­at awam seperti masjid, surau, rumah ibadat bukan Islam, balai raya serta tempat tumpuan awam yang lain,” katanya.

Turut hadir menyempurn­akan majlis pelancaran itu ialah Ahli Dewan Negara merangkap Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Senator Datuk Bashir Alias.

Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembanguna­n) Perbadanan Labuan Ibrahim Tambi dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan Mohd Dzulfaizal Ab. Manan.

 ??  ?? SIMBOLIK: Bashir (pegang banner dua kanan) bersama Dr Fary (kanan) bersama pemimpin masyarakat ketika melancarka­n secara simbolik Pembudayaa­n Norma Baharu Dalam Komuniti di Wisma Perbadanan Labuan, pada Sabtu lalu.
SIMBOLIK: Bashir (pegang banner dua kanan) bersama Dr Fary (kanan) bersama pemimpin masyarakat ketika melancarka­n secara simbolik Pembudayaa­n Norma Baharu Dalam Komuniti di Wisma Perbadanan Labuan, pada Sabtu lalu.
 ??  ?? BAHAN PENERBITAN: Bashir (kanan) menerima bahan penerbitan mengenai pembudayaa­n norma baharu daripada Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Abd Aziz Mohd Salleh.
BAHAN PENERBITAN: Bashir (kanan) menerima bahan penerbitan mengenai pembudayaa­n norma baharu daripada Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Abd Aziz Mohd Salleh.
 ??  ?? PERALATAN SANITASI: Pengerusi MPP Subzon 1 Haji Abdul Rahim (dua kiri) menerima peralatan sanitasi daripada Bashir sambil diperhatik­an Dr Fary (kanan) dan Ibrahim (kiri).
PERALATAN SANITASI: Pengerusi MPP Subzon 1 Haji Abdul Rahim (dua kiri) menerima peralatan sanitasi daripada Bashir sambil diperhatik­an Dr Fary (kanan) dan Ibrahim (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia