Utusan Borneo (Sabah)

TM diminta perluas jaringan kabel gentian optik

Terdapat keperluan penyambung­an jalur lebar pantas di Kapit, Kanowit, Song, Sungai Asap dan Belaga

-

KUCHING: Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi TM Sarawak diminta melihat kemungkina­n memperluas jaringan kabel gentian optik sehingga ke daerah Bukit Mabong, iaitu lokasi lapangan baharu yang bakal diwujudkan.

“Malah, lebih baik jika ia diperluask­an sehingga kawasan Empangan Hidroelekt­rik Baleh, bukan hanya untuk keperluan komunikasi tetapi untuk memudahkan usaha menjaga keselamata­n salah satu permata kita, Empangan Baleh,” kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing dalam satu kenyataan semalam.

Masing yang juga Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan menambah, terdapat keperluan bagi penyambung­an jalur lebar yang pantas, stabil dan boleh dipercayai di Kapit, Kanowit, Song, Sungai Asap dan Belaga.

“Kami ingin memastikan orang di kawasan luar bandar juga mendapat akses maklumat, melakukan kegiatan ekonomi dan transaksi perbankan dalam talian, menghadiri kelas dalam talian dan berhubung dengan dunia luar, sama seperti di bandar,” katanyanya.

Sementara itu, Pengurus Besar TM Sarawak Jafer Sadig Abdul Lathiff berkata, pengwujuda­n jaringan Jalan Pesisir dan Jalan Utama Kedua telah membolehka­n pemasangan tiang untuk kabel gentian optik ‘overhead’ dijalankan.

Menurutnya, TM Sarawak sedang menjalanka­n kerja menempatka­n gentian optik dari Kanowit ke Kapit yang meliputi jarak 109 kilometer.

Beliau menambah, terdapat beberapa cabaran yang dihadapi pihaknya semasa proses berkenaan, termasuk keadaan bahu jalan yang sempit, hakisan tanah dan

Malah, lebih baik jika ia diperluask­an sehingga kawasan Empangan Hidroelekt­rik Baleh, bukan hanya untuk keperluan komunikasi tetapi untuk memudahkan usaha menjaga keselamata­n salah satu permata kita, ” Empangan Baleh. Tan Sri Datuk Amar James Masing Timbalan Ketua Menteri

kelewatan pembinaan jalan raya di bahagian-bahagian tertentu.

Apabila projek itu selesai kelak, ia akan memberi manfaat kepada 680 pelanggan di Kapit, 120 pelanggan di Song dan 140 pelanggan di Belaga, ujarnya.

Jafer telah memberi taklimat kepada Masing mengenai perjalanan pelan gentian optik dalam menyokong Jendela dan Agenda Digital Negeri, terutama untuk wilayah tengah Sarawak.

Matlmat utama TM Sarawak adalah untuk memastikan infrastruk­tur komunikasi berkenaan dapat menyediaka­n 100 peratus teknologi gentian optik menjangkau para pelanggan sasaran pihaknya.

 ??  ?? TANDA INGATAN: Jafer Sadig (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Masing selepas taklimat tersebut diadakan di Kuching semalam.
TANDA INGATAN: Jafer Sadig (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Masing selepas taklimat tersebut diadakan di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia