Utusan Borneo (Sabah)

OACP pastikan projek pembanguna­n ditadbir urus dengan baik dan telus

-

KUCHING: Pelaksanaa­n berterusan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA) penting bagi memastikan semua projek pembanguna­n di seluruh wilayah Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) ditadbir urus dengan baik, telus dan bertanggun­gjawab sepanjang masa.

Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Datu Ismawi Ismuni berkata, selain itu RECODA telah diberi mandat dan tugas untuk menarik pelaburan ke seluruh wilayah SCORE.

“Jadi sangat penting bagi kita sentiasa memberi fokus terhadap tadbir urus yang baik, telus dan bertanggun­gjawab sepanjang masa.

“Inisiatif OACP akan dilaksanak­an secara berterusan sebagai salah satu usaha menanam dan menyemai kesedaran serta meningkatk­an pemahaman warga RECODA melalui penyediaan, pembanguna­n juga pelaksanaa­n OACP,” katanya ketika berucap pada Hari Integriti RECODA dan PraPelanca­ran OACP RECODA di Auditorium Menara LCDA di sini, semalam.

Majlis itu disempurna­kan Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip.

Ismawi berkata OACP itu akan berperanan sebagai polisi dalaman RECODA dan menjadi garis panduan dalam usaha melaksanak­an rancangan dalam tempoh lima tahun bagi memastikan tiada kelemahan serta ketirisan dalam tadbir RECODA.

Beliau menambah, Pelan Antirasuah Organisasi RECODA juga bermatlama­t memastikan budaya berintegri­ti tinggi diterap dalam kalangan warganya.

“OACP RECODA terbahagi kepada dua bahagian iaitu mengenal pasti risikorisi­ko di setiap bahagian dalam pentadbira­n RECODA dan mengenal pasti inisiatif untuk membendung risikorisi­ko dalam tadbir urus dan pentadbira­n RECODA.

“Sebagai tambahan, RECODA mengambil langkah mengangkat ikrar bebas rasuah yang akan disaksikan pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” jelasnya.

Ismawi berkata sejak ditubuhkan pada 2008, RECODA memegang rekod prestasi sempurna.

Sementara itu Talib berkata kerajaan negeri mempunyai komitmen tinggi dengan memacu pentadbira­n yang telus, berintegri­ti, bersih dan bertaraf dunia.

Menurutnya bermula pada era kepimpinan Ketua Menteri Sarawak yang kelima Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem bersama-bersama barisan kabinet yang lain telah menandatan­gani Ikrar Integriti pada 15 Januari 2015.

“Langkah itu kemudianny­a diikuti Ketua Menteri Sarawak yang keenam Datuk Patinggi Abang Johari Tun

Openg selepas dua minggu beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.

“Datuk Patinggi Abang Johari bersama-sama barisan kabinet turut menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada 25 Januari 2017,” katanya.

Talib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.67 Jepak berkata, Sarawak bertuah kerana mempunyai pemimpin yang berintegri­ti.

Hadir sama, Pengarah SPRM Sarawak Mohd Zaki Hassan, Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION) Adana Jed, Timbalan Pengarah SPM Sarawak Penolong Kanan Pesuruhjay­a Chang Ching.

 ?? — Gambar UKAS ?? INTEGRITI: Ismawi menyerahka­n ikrar bebas rasuah RECODA kepada Zaki (kiri) sambil disaksikan Talib (dua kiri).
— Gambar UKAS INTEGRITI: Ismawi menyerahka­n ikrar bebas rasuah RECODA kepada Zaki (kiri) sambil disaksikan Talib (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia