Utusan Borneo (Sabah)

Orang ramai diingatkan patuhi SOP aktiviti luar

-

MIRI: Dalam situasi di mana wabak COVID-19 masih menjadi ancaman utama, orang ramai diingatkan tentang perlunya mereka terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika melakukan aktiviti luar termasuk di taman rekreasi awam.

Walaupun memakai pelitup separuh muka bukan lagi masalah dan perkara yang membebanka­n bagi mereka yang melakukan aktiviti senaman di luar rumah, namun Datuk Bandar Miri Adam Yii mahu orang ramai kekal berwaspada kerana usaha menangani ancaman wabak COVID-19 secara global belum selesai.

“Semasa melakukan aktiviti senaman luar di taman rekreasi awam masih ada keperluan agar para pengunjung taman terus berjaga-jaga dan mengamalka­n SOP.

“Mereka mesti menjaga keselamata­n diri dengan menjaga jarak sosial,” katanya selepas mengunjung­i Taman Rekreasi Bulatan di sini, semalam.

Yii berkata, amalan SOP di bawah norma baharu itu akan membantu meminimumk­an risiko dan mencegah jangkitan wabak COVID-19.

Semasa lawatannya itu, beliau mengedarka­n pelitup separuh muka dan pembersih tangan kepada para pengunjung di Taman Rekreasi Bulatan di sini.

Sempena Hari Wanita Antarabang­sa semalam, Yii turut mengambil kesempatan menyampaik­an hasrat beliau kepada sekumpulan wanita yang melakukan senaman aerobik di taman.

“Hari ini (semalam) adalah sambutan Hari Wanita Antarabang­sa.

“Saya berharap semua wanita dikurniaka­n kesihatan yang baik dan selamat dalam masa yang mencabar ini kerana pandemik COVID19,” katanya.

Hari Wanita Antarabang­sa setiap 8 Mac adalah sambutan di seluruh dunia untuk meraikan pencapaian sosial, ekonomi, budaya dan politik wanita sejagat.

Semalam juga menandakan seruan pihak-pihak antarabang­sa yang mahu bertindak mempercepa­t kesaksamaa­n hak untuk wanita.

 ??  ?? AGIH: Yii (kiri) mengedarka­n pelitup separuh muka dan pembersih tangan kepada pengunjung taman yang melakukan aktiviti senaman pagi di Taman Rekreasi Bulatan di Miri, semalam.
AGIH: Yii (kiri) mengedarka­n pelitup separuh muka dan pembersih tangan kepada pengunjung taman yang melakukan aktiviti senaman pagi di Taman Rekreasi Bulatan di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia