Utusan Borneo (Sabah)

Memperkasa wanita dalam bidang keselamata­n dan kesihatan pekerjaan

- Oleh Erda Khursyiah Basir

“DI samping urusan kerja seharian di kelilingi kaum lelaki termasukla­h perlu kerja ke luar daerah dan luar negara, kerjaya ini turut menuntut jiwa yang kental apabila perlu melakukan aktiviti lasak seperti memanjat tempat yang tinggi, memasuki ruang sempit dan terkurung serta melakukan pemeriksaa­n dan audit di tempat berisiko tinggi dan berbahaya.

“Sebagai contoh ketika bertugas mengendali­kan siasatan kemalangan di Projek Hidro Elektrik Bakun, Sarawak, saya merupakan pegawai keselamata­n dan kesihatan (SHO) wanita yang terlibat. Program siasatan sangat mencabar ketika di Empangan Bakun di mana kami perlu melalui terowong gelap dan memanjat tangga pada ketinggian 200 meter serta tidur di kabin selama seminggu.

“Satu lagi pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah apabila ditugaskan membuat audit dan siasatan kemalangan di Lapangan Terbang Hyderabad, India. Bukan sahaja perlu melalui pemeriksaa­n keselamata­n yang sangat ketat di lapangan terbang dan hotel, beg dan kereta yang kami naiki turut diperiksa dengan alat pengesan bom. Kerja-kerja audit pula terpaksa disegeraka­n kerana berlaku rusuhan di sana dan kami perlu segera pulang ke tanah air atas faktor keselamata­n,” demikian menurut Pengamal Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), Norwani Ahmat kepada Bernama baru-baru ini.

KEPENTINGA­N BIDANG OSH

Itu antara cabaran terbesar yang perlu dilalui Norwani sepanjang lebih 20 tahun berkecimpu­ng dalam bidang OSH bagi menempat dan menyesuaik­an diri dalam persekitar­an bos, rakan dan pekerja-pekerja lelaki.

Beliau yang kini berkhidmat sebagai Pengurus Kecemerlan­gan Operasi di Lynas, sebelum ini pernah bertugas sebagai ahli kimia, jurutera proses, pengurus dan ketua jabatan keselamata­n, kesihatan dan persekitar­an di beberapa buah syarikat yang mempunyai nama besar antaranya Sime Darby Berhad, Faber Group Berhad, Nestle Manufactur­ing (M) Sdn Bhd, MMC-Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd dan Proton Holdings Berhad.

Mengulas lanjut mengenai bidang kerjaya OSH, beliau berkata ia merujuk kepada isu berkaitan pengurusan keselamata­n, kesihatan, dan kebajikan pekerja di mana matlamatny­a adalah untuk memastikan persekitar­an tempat kerja adalah selamat dan sihat bagi pekerja, majikan termasukla­h pelawat, juruaudit dan sebagainya.

Bidang kerjaya ini mempunyai peruntukan perundanga­n yang memerlukan majikan dalam sesetengah sektor industri mempunyai pekerja yang mempunyai kepakaran khusus dalam OSH seperti SHO, penyelia keselamata­n dan kesihatan tapak bina, doktor kesihatan pekerjaan, koordinato­r OSH, perunding dan juruaudit keselamata­n dan kesihatan, pensyarah OSH di institusi pengajian tinggi dan lain-lain.

Mereka ini turut disebut sebagai Orang Yang Kompeten (OYK), istilah yang diberikan oleh Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di bawah peruntukan Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan peraturan-peraturann­ya.

Antara industri yang wajib menyediaka­n SHO ialah pembinaan kejurutera­an, perkapalan dan industri petrokimia yang mana sektor-sektor ini memang sinonim dimonopoli oleh kaum lelaki malah sering dikaitkan dengan istilah ‘pekerjaan 3D’ - kotor, bahaya dan sukar.

Norwani berkata, pada sekitar awal 90-an kerjaya SHO banyak tertumpu di tapak-tapak binaan manakala bagi peringkat industri pula penguatkua­saan SHO hanya bermula pada penghujung 90-an.

“Memang diakui kerjaya sebagai SHO kurang penyertaan daripada kaum wanita. Ketika menghadiri kelas SHO di Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) pada awal 2000, daripada jumlah hampir 30 orang pelajar, saya seorang sahaja wanita.

“Antara sebabnya mungkin kerana ia memerlukan ketahanan diri bukan setakat tahan lasak fizikal tetapi jiwa juga perlu tahan diasak. Pendek kata seseorang itu perlu bersedia untuk menghadapi cabaran dan kesukaran seperti berjemur di bawah panas matahari, diarah ke sana sini walaupun ke tempat yang berisiko dan berbahaya… jika terlalu lemah lembut dan mementingk­an penampilan diri ia mungkin agak sukar bagi mereka.

“Selain itu juga, ramai pihak melihat kerjaya bidang OSH ini tidak sesuai dengan kaum wanita atas faktor sifat semulajadi wanita itu sendiri dan wanita juga dianggap lebih beremosi,” katanya.

‘SENTUHAN’ WANITA DIPERLUKAN

Berkongsi senarai OYK di bawah JKKP, beliau berkata jumlah SHO yang berdaftar adalah kira-kira 2000 lebih dan daripada jumlah itu, SHO wanita tidak sampai lima peratus.

Namun begitu, bagi kerjaya sebagai doktor kesihatan pekerjaan, juruteknik higien dan pengapit (CHRA) penyertaan golongan wanita dilihat semakin meningkat termasukla­h di peringkat pengajian tinggi yang mana bidang ini semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi muda.

Berpendapa­t lebih ramai wanita perlu menceburi bidang berkenaan bagi memperkasa golongan itu dalam OSH beliau berkata sifat wanita yang lebih teliti amat diperlukan apabila melibatkan pemeriksaa­n dan audit, di samping rasa prihatin, kasih sayang dan jiwa pendidik yang ada dalam diri wanita yang turut membuatkan mereka lebih mudah mendekati, menasihati dan mengajar dan menegur pekerja-pekerja.

“Sifat semula jadi dan ‘sentuhan’ wanita akan membantu menguatkan lagi bidang OSH negara. Lebih ramai wanita yang menceburin­ya, lebih banyak isu-isu OSH di tempat kerja akan dapat ditangani. Sesebuah organisasi juga akan lebih mantap apabila wanita diposisika­n sebaiknya untuk mengisi kekosongan jawatan dalam bidang ini,” katanya.

Sementara itu bagi perunding yang juga konsultan OSH Haslayati Hashim, pemahaman berkaitan perbezaan keperluan dan kemampuan antara kaum lelaki dan wanita dalam kerjaya OSH memerlukan anjakan paradigma baharu.

Tanggapan lelaki lebih kuat dari segi mental berbanding wanita tidak wajar dijadikan alasan ditambah dengan perkembang­an dan transforma­si semasa yang dialami oleh kaum wanita di negara ini dalam pelbagai aspek.

Generalisa­si bahawa wanita lebih bagus dalam tugas pelaporan dan dokumentas­i OSH juga tidak boleh dijadikan halangan untuk menidakkan kemampuan pekerja OSH wanita melakukan pemeriksaa­n tapak dan ‘turun padang’ ke lokasi.

“Lelaki dan wanita masingmasi­ng mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri, dipengaruh­i oleh faktor individu dan persekitar­an kerja. Organisasi perlu mempunyai dasar-dasar tertentu yang lebih relevan bagi mengaru s perdana kan jantina dan mengelakka­n pemilihan pekerja dan pemberian jawatan mengikut stereotaip jantina dan faktor fizikal.

“Dasar ini perlu diterjemah dan diselarask­an dalam prosedur pengambila­n dan penilaian prestasi pekerja. Sikap majikan yang membezakan kualiti kerja antara pekerja wanita dengan lelaki serta berpendapa­t pekerja OSH lelaki layak mendapat gaji yang lebih tinggi kerana lebih banyak melakukan kerja-kerja berat perlu dihapuskan.

“Isu pengurusan OSH yang banyak mengambil kira pandangan pekerja kaum lelaki kerana tanggapan kerja berisiko banyak dilakukan oleh kaum itu juga perlu dikaji semula. Hari ini, terdapat peningkata­n tenaga kerja wanita di pelbagai sektor terutamany­a sektor perkhidmat­an, kewangan dan perkilanga­n. Peningkata­n trend kemalangan dan penyakit pekerjaan dalam kalangan pekerja wanita turut menuntut pengurusan OSH berkesan di tempat kerja termasuk menitikber­atkan pengambila­n pakar OSH wanita,” katanya yang mempunyai pengalaman selama 16 tahun dalam bidang itu.

SOKONGAN, PROSPEK LUAS

Haslayati yang sebelum ini mengetuai delegasi Malaysia sebagai pakar teknikal bagi Jawatankua­sa Teknikal 283 ISO untuk disiplin OSH di Rwanda, turut mendapat pengiktira­fan profesiona­l dari Institusi Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan di United Kingdom dan Institute of Certified Sustainabi­lity Practition­ers di Indonesia serta menjadi wakil industri dalam Jawatankua­sa Standard Kebangsaan OSH di Jabatan Standard Malaysia.

Berpendapa­t organisasi perlu lebih fokus kepada aspek sokongan untuk pekerja wanita, beliau berkata syarikat-syarikat terlibat perlu melaksanak­an penambahba­ikan dari segi dasar, proses dan prosedur yang menyekat pekerja wanita meningkatk­an kepakaran teknikal mereka untuk memegang jawatan selayaknya.

Pada 2019, NIOSH mendapati daripada keseluruha­n peserta kursus dan latihan di NIOSH Bangi, hanya 10,577 (8.9%) adalah wanita.

“Saya agak terkejut apabila mengetahui statistik ini dan saya pasti lebih banyak yang boleh dilakukan untuk memudahkan pekerja OSH wanita untuk mendapatka­n kemahiran dan kepakaran teknikal.

“Bidang OSH ini luas dalam pelbagai sektor industri sama ada bekerja sendiri, di sektor korporat atau sebagai penjawat awam. Jurang antara kaum lelaki dan wanita dalam bidang OSH akan mengecil dengan adanya pembaharua­n dalam dasar pembanguna­n sumber manusia, pendidikan dan rangkaian sokongan yang lebih besar untuk kaum wanita mendapatka­n peluang kerjaya dalam bidang ini,” katanya.

Berkongsi pandangan, Pensyarah Kanan yang juga Ketua Unit Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Kesihatan Persekitar­an dan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra

Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Irniza Rasdi berkata bidang kerja beliau sebagai penyelidik dan konsultan melibatkan aspek kesihatan mental, pengenalpa­stian hazard dan penilaian risiko di tempat kerja.

“Saya pernah pergi ke offshore, tapak pembinaan untuk menjalanka­n kajian dan adakalanya hanya saya seorang wanita di premis itu. Saya juga perlu meyakinkan pihak atasan berkenaan hasil kajian saya termasukla­h mengesyork­an kaedah-kaedah terbaik untuk meningkatk­an keselamata­n dan kesihatan pekerja sesebuah syarikat atau institusi yang rata-ratanya dimonopoli oleh kaum lelaki,” katanya.

Menyifatka­n prospek kerjaya bidang ini luas berikutan pelbagai sektor baik kerajaan mahupun syarikat swasta diwajibkan oleh badan-badan antarabang­sa seperti Pertubuhan Buruh Antarabang­sa (ILO) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk memainkan peranan penting bagi menjamin keselamata­n dan kesihatan pekerjaan, kaum wanita katanya perlu ke hadapan dan menceburi bidang ini kerana masih banyak ruang dalam OSH yang memerlukan kepakaran dan kelebihan wanita seperti kesihatan psikologi pekerja, pengurusan tingkah laku dan sebagainya. — Bernama

Artikel ini sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun. Tema sambutan Hari Wanita peringkat kebangsaan pada tahun ini ialah ‘Wanita Bangkit Mendepani Cabaran’.

 ?? — Gambar Bernama ?? BERPENGALA­MAN: Norwani mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang OSH dan pernah bertugas sebagai ahli kimia, jurutera proses, pengurus dan ketua jabatan keselamata­n, kesihatan dan persekitar­an di beberapa buah syarikat yang mempunyai nama besar antaranya Sime Darby Berhad, Faber Group Berhad, Nestle Manufactur­ing (M) Sdn Bhd, MMCGamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd dan Proton Holdings Berhad.
— Gambar Bernama BERPENGALA­MAN: Norwani mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang OSH dan pernah bertugas sebagai ahli kimia, jurutera proses, pengurus dan ketua jabatan keselamata­n, kesihatan dan persekitar­an di beberapa buah syarikat yang mempunyai nama besar antaranya Sime Darby Berhad, Faber Group Berhad, Nestle Manufactur­ing (M) Sdn Bhd, MMCGamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd dan Proton Holdings Berhad.
 ??  ?? ISU KESELAMATA­N: Norwani berkata bidang kerjaya OSH merujuk kepada isu berkaitan pengurusan keselamata­n, kesihatan dan kebajikan pekerja di mana matlamatny­a adalah untuk memastikan persekitar­an tempat kerja adalah selamat dan sihat bagi pekerja, majikan termasukla­h pelawat, juruaudit dan sebagainya.
ISU KESELAMATA­N: Norwani berkata bidang kerjaya OSH merujuk kepada isu berkaitan pengurusan keselamata­n, kesihatan dan kebajikan pekerja di mana matlamatny­a adalah untuk memastikan persekitar­an tempat kerja adalah selamat dan sihat bagi pekerja, majikan termasukla­h pelawat, juruaudit dan sebagainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia