Utusan Borneo (Sabah)

Kaji kesesuaian kemudahan BDR dengan gaji penuh: PM

Pekerja yang menjaga ahli keluarga uzur dan menyokong isteri menjaga anak baru lahir memerlukan kemudahan ini

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengkaji kesesuaian memperluas kemudahan Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi sektor awam dan swasta dengan gaji penuh, bagi menjaga ahli keluarga yang uzur dan sakit serta menyokong isteri menjaga anak yang baru lahir.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah tersebut bagi menggalakk­an tanggungja­wab bersama dan membolehka­n wanita kekal dalam sektor pekerjaan serta meningkatk­an produktivi­ti kerja golongan tersebut.

“Saya menyaranka­n agar Jabatan Perkhidmat­an Awam dan Kementeria­n

Sumber Manusia, melihat kesesuaian pemerluasa­n kemudahan ini,” katanya ketika berucap sempena Hari Wanita 2021 secara rakaman yang disiarkan di beberapa rangkaian televisyen semalam.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga mengkaji jika kemudahan BDR itu dapat dipanjangk­an kepada wanita atau lelaki yang kematian pasangan, bagi membolehka­n mereka menguruska­n perkara berkaitan dengan urusan kematian yang lazimnya memerlukan masa yang agak lama untuk diselesaik­an.

Muhyiddin secara tegas juga menggesa semua pihak, agar memberikan perhatian kepada penyediaan persekitar­an kerja yang selamat termasukla­h memastikan adanya usaha-usaha pencegahan daripada berlakunya gangguan seksual.

“Juga memastikan apa sahaja aspek perancanga­n, pelaksanaa­n, pemantauan dan penilaian program menggunaka­n analisis gender melalui bajet yang responsif gender,” katanya.

Beliau juga menyeru sektor awam dan swasta, mengambil peluang penyediaan geran kerajaan bagi penubuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di premis masing-masing, yang akan memberikan kesan berganda kepada banyak pihak.

Dalam pada itu katanya, selari dengan tema yang diangkat oleh UNWomen sempena sambutan Hari Wanita Antarabang­sa 2021 iaitu ‘Women in leadership: Achieving an equal future in a COVID-19 world’ Muhyiddin berkata, suara wanita perlu didengar di peringkat lebih tinggi, dan diberikan tempat sebagai pembuat keputusan yang sewajarnya, sesuai dengan bidang kepakaran masingmasi­ng.

Memperinci­kan mengenai kemudahan perniagaan untuk golongan wanita, Perdana Menteri berkata di bawah MyDIGITAL dan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia, kerajaan akan menyediaka­n insentif yang dikenali sebagai MyKasih

Kapital.

“… iaitu suntikan modal perniagaan contohnya dalam bidang e-dagang ataupun ‘dropship’ dengan modal maksimum sebanyak RM1,000 kepada sekurang-kurangnya 2,000 orang penerima yang berkelayak­an,” katanya.

Kerajaan juga akan menubuhkan Skuad WAJA, yang dibentuk melalui penyertaan komuniti wanita yang akan memberikan sokongan psikososia­l dan meningkatk­an kesedaran tentang isu-isu jenayah, bagi menghentik­an keganasan terhadap wanita, serta memperkasa­kan pengetahua­n umum mengenai hak-hak mereka. — Bernama

Saya menyaranka­n agar Jabatan Perkhidmat­an Awam dan Kementeria­n Sumber Manusia, melihat kesesuaian ” pemerluasa­n kemudahan ini. Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri

 ??  ?? MUHYIDDIN
MUHYIDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia