Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa perlu patuhi jadual penyuraian murid, elak kesesakan

-

SEREMBAN: Kementeria­n Pendidikan meminta kerjasama ibu bapa untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP), terutamany­a semasa proses penyuraian murid sebagai langkah berjaga-jaga bagi mencegah penularan COVID-19 dalam komuniti.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pihak sekolah telah menyusun jadual penyuaraia­n murid dengan pelbagai kaedah, jadi amat penting ibu bapa mengikut ketetapan yang diberikan agar dapat melindungi keselamata­n anak-anak.

“Kebanyakan sekolah menggunaka­n kaedah penyuraian secara berperingk­at, oleh itu amat penting ibu bapa mematuhi jadual penyuraian yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

“Kita ingin lihat pada tengah hari nanti di seluruh negara, proses penyuraian dapat berlangsun­g dengan baik, KPM serta pihak sekolah telah mencari kaedah pelbagai model penyuraian terutamany­a bagi sekolah yang berada di tepi jalan,” katanya selepas melakukan lawatan di Sekolah Kebangsaan King George V, Seremban pada pagi semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPM Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua

Pengarah Pelajaran Datuk Dr Habibah Abdul Rahim.

Radzi tiba di sekolah berkenaan pada 7.30 pagi, meluangkan masa kira-kira sejam meninjau situasi kemasukan murid tahun satu hingga tahun enam.

Beliau berkata hampir tiga juta murid di peringkat sekolah rendah memulakan sesi persekolah­an sepenuhnya secara bersemuka semalam, di seluruh negara.

Beliau berharap ibu bapa dapat memberi kerjasama baik ketika sesi penyuraian murid nanti, yang hanya mengambil masa sekitar 10 hingga 20 minit.

“Kita dapat lihat proses kehadiran murid ke sekolah pada pagi ini (semalam) berjalan lancar, diharapkan situasi yang sama pada sebelah petang nanti, kerana ia merupakan satu keadaan yang lebih mencabar kepada ibu bapa, guru dan murid,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar dan guru sejak persekolah­an secara bersemuka bermula, beliau menyifatka­n keadaan masih terkawal.

Beliau berkata sekiranya terdapat kes COVID-19 yang di sesebuah sekolah, Pusat Kesihatan Daerah akan menentukan sama ada sekolah terbabit perlu ditutup sepenuhnya atau sebahagian sahaja.

“Sekiranya berlakunya kes (COVID-19) Pusat Kesihatan Daerah akan berkerjasa­ma dengan pihak sekolah, untuk melihat pendekatan yang boleh dilaksanak­an.

“Sejak sekolah dibuka pada peringkat awal dahulu, kes yang ada adalah berpunca dari rumah,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAUAN: Dr Radzi (kiri) beramah mesra dengan murid-murid ketika mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah King George V, (KGV) Seremban, semalam.
— Gambar Bernama TINJAUAN: Dr Radzi (kiri) beramah mesra dengan murid-murid ketika mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah King George V, (KGV) Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia