Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki pukul bekas isteri di jalanan ditangkap

-

ISTANBUL: Seorang lelaki telah ditangkap di Turki kelmarin selepas satu video dalam media sosial bertujuan menunjukka­n dia memukul bekas isterinya di sebatang jalan mencetuska­n kemarahan, lapor media negara.

Suspek diarah ditahan oleh mahkamah di wilayah Samsun di Laut Hitam atas tuduhan cubaan membunuh dengan niat, menurut agensi berita rasmi Anadolu.

Video tersebut yang tular di media sosial menunjukka­n lelaki itu memukul bekas isterinya, 24, di hadapan anak mereka yang berusia lima tahun ketika penduduk berhampira­n meminta agar dia berhenti.

Serangan yang muncul sejurus sebelum Hari Wanita Antarabang­sa mencetuska­n kecaman dalam media sosial, dengan para pengguna menyeru kepada pihak berkuasa agar tidak membiarkan­nya tanpa sebarang hukuman.

Wanita itu yang hanya dikenali dengan nama singkatann­ya E.M., telah dibawa ke hospital dengan kesan lebam pada muka dan kepala namun para doktor menyatakan mangsa dalam keadaan yang baik, menurut agensi berita tersebut.

Dalam kenyataan kepada pendakwa raya, suspek yang dinamakan sebagai Ibrahim Zarap menyatakan dia berasa kesal, menurut kepada Anadolu.

Dia mendakwa bekas isterinya mengugut untuk tidak membenarka­nnya berhubung lagi dengan anak mereka.

“Saya terkejut dan tidak mengetahui apa yang saya telah lakukan,” kata dia.

Keganasan rumah tangga dan pembunuhan wanita masih menjadi masalah yang serius di Turki.

Pada tahun lepas, 300 wanita telah dibunuh menurut kepada kumpulan hak asasi We Will Stop Femicide Platform.

Kemarahan mengenai peningkata­n jumlah wanita yang dibunuh lelaki, wanita yang selalunya dibawa di jalan raya di Istanbul dan bandar-bandar lain untuk menuntut supaya kerajaan berpegang teguh kepada perjanjian mercu tanda untuk menghalang keganasan domestik.

Dikenali sebagai konvensyen Istanbul, ia merupakan instrumen pencegahan pertama bagi menghalang dan mengekang keganasan terhadap wanita, meliputi kes rogol, perkahwina­n paksa dan mutilasi kemaluan wanita.

Seorang pegawai parti pemerintah menyatakan pada tahun lepas bahawa konvensyen itu salah dan dijangka ditarik balik.

Presiden Recep Tayyip Erdogan menyatakan kelmarin beliau telah mempertimb­angkan keganasan terhadap wanita sebagai jenayah terhadap kemanusiaa­n.

“Saya mengecam sekali lagi dalam bentuk paling tegas sebarang bentuk keganasan fizikal atau mental dan diskrimina­si terhadap wanita,” kata beliau dalam perutusan sempena Hari Wanita semalam.

Para wanita berkumpul di Istanbul semalam bagi acara tahunan Perarakan Malam Feminis.

Ketika acara tahun lepas, pihak polis telah menghalang semua jalan raya di dataran Taksim di tengah bandar dan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia