Utusan Borneo (Sabah)

Bilionair pesawat Perancis maut dalam nahas helikopter

-

PARIS: Bilionair Perancis Olivier Dassault, seorang ahli politik dan keturunan keluarga pembuatan pesawat Dassault, telah terkorban dalam satu nahas helikopter kelmarin.

Dassault, 69, ayah tiga anak, terbunuh kira-kira jam 6 petang waktu tempatan ketika helikopter­nya terhempas berhampira­n pusat peranginan pantai Deauville di utara Perancis, sumber dari parlimen dan siasatan memberitah­u AFP.

Presiden Perancis Emmanuel Macron mengetuai upacara penghormat­an, menyatakan dalam satu ciapan bahawa Olivier Dassault menyayangi Perancis.

“Kapten perindustr­ian, Ahli Parlimen tempatan, komander simpanan dalam pasukan tentera udara; sepanjang hidupnya beliau tidak pernah berhenti berkhidmat untuk negara.”

Macron menyatakan kematian beliau sebagai satu kehilangan yang sangat besar dan menyampaik­an ucapan takziah kepada keluarga Dassault, salah satu keluarga paling berpengaru­h di Perancis dengan kepentinga­n meliputi aeronautik, pertahanan, lelongan, wain dan media.

Kumpulan Dassault Aviation merupakan pengeluar pesawat Perancis yang terkemuka selama 70 tahun dan berada di belakang jet persendiri­an Falcon, pesawat perang Mirage, dan yang paling terkini pesawat pejuang

Rafale.

Majalah Forbes menganggar­kan Dassault sebagai orang terkaya ke-361 di dunia pada 2020, dengan harta kekayaan dianggarka­n sekitar lima bilion euro, kirakira hampir sama dengan tiga adik-beradiknya yang lain.

Agensi siasatan nahas udara negara Perancis BEA menyatakan dalam satu ciapan bahawa nahas berlaku sejurus helikopter berlepas dari kawasan persendiri­an.

Cuaca di Deauville panas dengan angin yang tidak terlalu kuat kelmarin.

Sumber rapat dengan siasatan menyatakan bahawa juruterban­g helikopter turut terkorban.

Satu siasatan mengenai pembunuhan secara tidak sengaja telah dibuka oleh pihak pendakwa raya.

“Saya sedang memikirkan tentang keluargany­a dan orang tersayang yang pastinya amat kesakitan,” kata Richard Ferrand, presiden Dewan Negara, dewan rakyat di parlimen di mana Dassault berkhidmat sebagai wakil rakyat Oise di utara Perancis.

Olivier merupakan cucu kepada Marcel Bloch, jurutera aeronautik terkenal yang menukar namanya kepada ‘Dassault’ yang bermakna dalam serangan dalam bahasa Perancis.

Selepas menghasilk­an kipas kapal terbang inovatif yang digunakan dalam pesawat Perancis semasa Perang

Dunia I, Marcel dipenjarak­an ketika Perang Dunia II dan dihantar ke kem penjara Nazi selepas enggan bekerjasam­a dengan industri penerbanga­n Jerman.

Pengurusan Dassault Aviation diserahkan kepada ayah Olivier, Serge, namun Olivier tidak dinamakan sebagai pewaris untuk menggantik­annya ketika Serge meninggal dunia pada 2018 selepas mengalami serangan jantung di pejabatnya di Paris.

Olivier pernah mengumumka­n dirinya sebagai yang paling layak daripada empat beradiknya, sekali gus mendapat teguran awam yang tegas daripada ayahnya.

Beliau kembali semula untuk mengambil kuasa namun sejurus sebelum kematian ayahnya beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi kepada lembaga pengawasan kumpulan tersebut kerana menyatakan peranan itu tidak serasi dengan tugasnya dalam parlimen.

Ramai rakan-rakan Dassault dalam kumpulan politik memberikan penghormat­an kepada lelaki terbabit yang juga merupakan jurugambar yang hebat, juruterban­g serta pengubah muzik.

Selain pegangan saham majoriti dalam kumpulan penerbanga­n milik keluargany­a, Dassault turut memiliki ladang anggur eponim sendiri di Bordeaux dan akhbar sayap kanan berpengaru­h Le Figaro. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MAUT: Gambar fail 11 Jun, 1997 menunjukka­n Dassault bersama bapanya Serge (kanan) di hadapan jet pejuang Rafale M01 di Le Bourget dekat Paris.
— Gambar AFP MAUT: Gambar fail 11 Jun, 1997 menunjukka­n Dassault bersama bapanya Serge (kanan) di hadapan jet pejuang Rafale M01 di Le Bourget dekat Paris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia