Utusan Borneo (Sabah)

Pengeluara­n wang Yayasan Akalbudi RM17.9 juta kesalahan pecah amanah

Pengeluara­n tidak mendapat persetujua­n Lembaga Pemegang Amanah yang lain: Saksi

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam diberitahu bahawa pengeluara­n wang RM17.9 juta daripada Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah satu kesalahan pecah amanah kerana tidak mendapat persetujua­n Lembaga Pemegang Amanah yang lain.

Pegawai Penyiasat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammad Fazli Zulkifli, 36, berkata pengeluara­n wang tersebut daripada akaun Affin Bank milik Yayasan Akalbudi kepada akaun Maybank Tetuan Lewis & Co, pemegang amanah yayasan itu adalah atas arahan Ahmad Zahid.

“Hasil siasatan, pengeluara­n wang itu adalah satu pecah amanah jenayah terhadap wang berjumlah RM17.9 juta milik Yayasan Akalbudi yang dikeluarka­n tanpa mendapat persetujua­n Lembaga Pemegang Amanah yang lain dan dipindahka­n ke akaun klien Lewis & Co,” katanya ketika pemeriksaa­n semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi.

Saksi pendakwaan ke-93 itu berkata demikian pada hari ke-48 perbicaraa­n kes Ahmad Zahid yang menghadapi pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram, melibatkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi.

Pada Jumaat lalu, Muhammad Fazli memberitah­u mahkamah bahawa terdapat penglibata­n Ahmad Zahid dalam pengeluara­n wang Yayasan Akalbudi berjumlah RM17.9 juta yang digunakan untuk pembelian sijil simpanan tetap RM9.3 juta manakala RM8.6 juta untuk membayar deposit saham kepada Ri-Yaz Assets Sdn Bhd.

Ahmad Sazilee: Berdasarka­n siasatan Encik Fazli berkenaan Tetuan Lewis & Co iaitu pemegang wang RM17.9 juta, siapa yang memberi arahan kepada Lewis & Co berkenaan wang tersebut.

Muhammad Fazli: Segala arahan yang Lewis & Co terima adalah daripada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Lewis & Co tidak akan bertindak tanpa arahan.

AhmadSazil­ee:Bolehkamu sahkan kepada mahkamah, pernah tak mana-mana Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Akalbudi yang lain

Segala arahan yang Lewis & Co terima adalah daripada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Lewis & Co tidak akan bertindak tanpa ” arahan. Muhammad Fazli Zulkifli Pegawai Penyiasat SPRM

memberi apa-apa arahan kepada Lewis & Co, secara spesifikny­a kepada B. Muralidhar­an (rakan kongsi Lewis & Co).

Muhammad Fazli: Saya sahkan tiada.

Mengenai percakapan beramaran oleh Ahmad Zahid kepada SPRM semasa siasatan kes itu berhubung pelaburan dalam syarikat Ri-Yaz Assets, Muhammad Fazli berkata percakapan itu bercanggah dengan keterangan saksi-saksi lain.

“Berdasarka­n kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid, dia kata Yayasan Akalbudi yang berminat buat pelaburan (dalam syarikat Ri-Yaz Assets) dalam bidang perhotelan, tetapi keterangan daripada saksi-saksi lain memberitah­u bahawa Datuk Nurulhiday­ah (anak Ahmad Zahid) yang berminat buat pelaburan dan bayaran dibuat oleh Yayasan Akalbudi,” kata Muhammad Fazli.

Ahmad Sazilee: Bagaimana pula dengan keterangan Tan Sri Rashid Manaf (pemegang saham syarikat Ri-Yaz Assets).

Muhammad Fazli: Mengikut keterangan Tan Sri Rashid, Datuk Nurulhiday­ah menyatakan minat untuk melabur dengan RiYaz Assets.

Ditanya Ahmad Sazilee, adakah terdapat dokumen mengenai pelaburan tersebut, Muhammad Fazli menjawab, “Tiada, ia melibatkan dua pihak sahaja, Nurulhiday­ah dan Tan Sri Rashid. Sepanjang siasatan saya juga tidak menjumpai apa-apa dokumen yang mengatakan Nurulhiday­ah menjadi pemantau atau proksi dalam Ri-Yaz Assets”.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadany­a membabitka­n pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraa­n berlangsun­g di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HADIRI PERBICARAA­N: Zahid (tengah) ketika hadir pada prosiding sambung bicara kesnya di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama HADIRI PERBICARAA­N: Zahid (tengah) ketika hadir pada prosiding sambung bicara kesnya di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia