Utusan Borneo (Sabah)

Dua pengarah syarikat didakwa sekali lagi, tipu edar sarung tangan RM3 juta

-

KUALA LUMPUR: Dua pengarah syarikat yang sebelum ini didakwa melakukan penipuan, semalam dihadapkan sekali lagi ke Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menipu seorang pengarah syarikat berhubung pengedaran sarung tangan berjumlah RM3 juta.

Razalif Mohamad Zain, 30, dan Mohd Razimi Ramli, 31, masing-masing pengarah syarikat Metamorpho­sis Skills Sdn Bhd mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.

Mereka didakwa bersama-sama menipu Mohd Khairudin Abdul Kadir, 46, dengan memperdaya­kannya bahawa mereka adalah wakil pengedar yang sah bagi Syarikat Hartalega Holdings Sdn Bhd untuk pengedaran sarung tangan sehingga mendorong mangsa menyerahka­n wang RM3 juta yang mangsa tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayak­an.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Yap

Kwan Seng di sini, antara 15 Jun hingga 7 Julai 2020, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntu­kkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zaharin menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh manakala peguam Ashraf Appoo yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan dikurangka­n.

Mahkamah membenarka­n tertuduh masing-masing diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 April untuk sebutan semula kes.

Pada 15 Februari lepas, Razalif dan Mohd Razimi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan berhubung pembekalan 670,000 kotak sarung tangan melibatkan kerugian RM7 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia