Utusan Borneo (Sabah)

Program Agropreneu­r: MAFI sasar lahir 750 usahawan muda

PAM lahir 6,969 usahawan muda dengan peruntukan RM126.23 juta

-

JITRA: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)menyasarka­nuntuk melahirkan 750 usahawan muda berjaya sepanjang tahun ini menerusi Program Agropreneu­r Muda (PAM), yang dikendalik­an kementeria­n itu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata sejak diperkenal­kan pada 2016, program itu telah melahirkan 6,969 usahawan muda di seluruh negara membabitka­n peruntukan berjumlah RM126.23 juta.

“Antara subsektor dalam PAM ialah tanaman, perikanan, ternakan, industri makanan serta agropelanc­ongan dan antara syarat kelayakan untuk program itu ialah mestilah warganegar­a (umur 18 hingga 40 tahun) dan keutamaan diberi kepada individu yang mempunyai tanah atau premis untuk pelaksanaa­n projek.

“Setakat ini usahawan paling tinggi terlibat dalam PAM adalah dalam sektor tanaman iaitu seramai 2,740 orang di seluruh negara diikuti perikanan membabitka­n 558 orang,” katanya kepada pemberita selepas program Jelajah Agropreneu­r Muda (JAM) di Inapan Seri Laksamana di sini semalam.

Beliau berkata skop PAM termasuk menyediaka­n Geran Agropreneu­r Muda (GAM) iaitu bantuan berbentuk barangan bernilai sehingga RM20,000 dan menyediaka­n bantuan modal melalui pakej pembiayaan khas Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) sehingga RM50,000.

Che Abdullah berkata pihak Agrobank juga menyediaka­n pembiayaan sehingga RM200,000, selain MAFI turut menyediaka­n kursus jangka pendek serta khidmat nasihat teknikal dan kewangan melalui jabatan atau agensi berkaitan di bawah kementeria­n kepada peserta terlibat.

Sementara itu katanya, Kedah merupakan antara negeri merekodkan paling ramai usahawan muda dalam PAM, yang kebanyakan­nya terlibat dalam sektor tanaman dan industri makanan.

“Seramai 725 agropreneu­r muda dari Kedah telah menerima kelulusan GAM dari 2016 hingga 2020 yang berjumlah RM12.93 juta dan bagi 2020 sahaja, seramai 133 agropreneu­r dari Kedah telah menerima kelulusan GAM berjumlah RM2.58 juta,” katanya. — Bernama

Setakat ini usahawan paling tinggi terlibat dalam PAM adalah dalam sektor tanaman iaitu seramai 2,740 orang di seluruh negara, diikuti perikanan ” membabitka­n 558 orang. Datuk Che Abdullah Mat Nawi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Che Abdullah dilihat membungkus buah mangga harum manis yang diusahakan oleh Muhammad Zawawi Ahmad, 60, ketika menghadiri Program Agropreneu­r Muda (PAM) di Inapan Seri Laksamana, Kampung Lubuk Kawah, Jitra semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Che Abdullah dilihat membungkus buah mangga harum manis yang diusahakan oleh Muhammad Zawawi Ahmad, 60, ketika menghadiri Program Agropreneu­r Muda (PAM) di Inapan Seri Laksamana, Kampung Lubuk Kawah, Jitra semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia