Utusan Borneo (Sabah)

Tidak mahu tragedi berulang, KASA mula siasat tompokan hitam di Sungai Kim Kim

-

KLUANG: Tidak mahu tragedi bencana yang melanda Sungai Kim Kim berulang, Kementeria­n Alam Sekitar dan Air (KASA) telah mengarahka­n jabatan berkaitan termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat ‘tompokan air hitam’ yang didakwa mencemari sungai itu sejak kebelakang­an ini.

Kelmarin genap ulang tahun kedua tragedi pencemaran itu yang menjejaska­n ribuan pelajar sekolah serta masyarakat sekitar Pasir Gudang.

Menterinya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sampel air telah diambil selain pemantauan menggunaka­n dron di sepanjang lembangan sungai berkenaan untuk mengenal pasti punca dari mana air hitam berkenaan.

“Sejak dapat laporan semalam (kelmarin), kita telah gerakkan JAS dan pegawai telah turun ke Sungai Kim Kim pagi ni (semalam) untuk mengenal pasti punca pencemaran.

“Kita harap insiden Sungai Kim Kim jadi pengajaran (kepada semua) dan saya nak tegaskan bahawa kementeria­n tidak akan kompromi dengan sebarang elemen yang sebabkan pencemaran.

“Kita juga akan ambil tindakan tegas terhadap mana-mana kilang yang melepaskan afluennya ke dalam sungai yang mengakibat­kan pencemaran,” kata beliau kepada pemberita di Dewan Muafakat Simpang Renggam, di sini semalam.

Ketika ditanya bila hasil ujian sampel air tersebut diketahui, beliau berkata keputusann­ya dijangka diperoleh semalam atau hari ini.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan berita mengenai dakwaan penduduk sekitar Kampung Bukit Pulai, Pasir Gudang, berkenaan tompokan air hitam di Sungai berkenaan.

Terdahulu, beliau merasmikan majlis undi perdana kerja-kerja di bawah peruntukan KASA bagi negeri Johor.

Pada 7 Mac 2019, sekumpulan pelajar dan guru mengalami mual, pening dan muntah di sebuah sekolah dipercayai terhidu bau pencemaran berpunca dari sisa toksik yang dibuang di Sungai Kim Kim.

Keadaan pencemaran yang berlarutan dan membimbang­kan itu turut mendorong 111 buah sekolah di kawasan Pasir Gudang ditutup sementara selain turut menjejaska­n kehidupan ribuan masyarakat dan industri sekitar kawasan itu selama dua minggu lamanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNDIAN: Tuan Ibrahim menunjukka­n bola ping pong bernombor yang dipilihnya secara rawak pada Majlis Undian Perdana Kerja-Kerja Di Bawah Peruntukan Kementeria­n Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi Negeri Johor di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam, Kluang semalam.
— Gambar Bernama UNDIAN: Tuan Ibrahim menunjukka­n bola ping pong bernombor yang dipilihnya secara rawak pada Majlis Undian Perdana Kerja-Kerja Di Bawah Peruntukan Kementeria­n Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi Negeri Johor di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam, Kluang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia