Utusan Borneo (Sabah)

Melaka lancar PSMJ 2035 pacu ekonomi negeri

-

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka semalam melancarka­n Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya (PSMJ) 2035 dengan menggarisk­an 175 strategi melibatkan pelbagai pelan tindakan berbentuk program dan projek fizikal bagi tempoh 15 tahun akan datang.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata PSMJ 2035 adalah perancanga­n tindakan strategik, holistik serta komprehens­if dengan menetapkan sasaran petunjuk ptestasi utama (KPI) untuk jangka pendek, sederhana dan panjang.

“PSMJ 2035 adalah kesinambun­gan dasar dan wawasan daripada para pemimpin terdahulu, menuju kegemilang­an dan ia direncana untuk mempersiap­kan Melaka menghadapi zaman perubahan mendepani Revolusi Industri (IR) 4.0, Ekonomi Digital dan Masyarakat 5.0 serta tuntutan teknologi pada masa hadapan.

“Segala proses, gerak kerja dan dasar PSMJ 2035 akan dilaksanak­an melalui kombinasi pendekatan ‘bottom-up’ dan ‘top-down’ dan pelan ini adalah dokumen rujukan utama semua agensi sebagai pelan tindakan konkrit ke arah matlamat utama prestasi bagi mencapai kecemerlan­gan pentadbira­n untuk setiap agensi di Melaka,” katanya pada Perhimpuna­n Bulanan Kerajaan Negeri dan Majlis Pelancaran PSMJ 2035 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata PSMJ 2035 akan memacu dan merancakka­n pertumbuha­n ekonomi, menggalakk­an pelaburan domestik serta asing, meningkatk­an sektor pelanconga­n, pembanguna­n infrastruk­tur, pemulihan warisan dan peningkata­n modal insan melalui pendidikan.

Katanya, lima Bidang Keberhasil­an Utama Melaka (MKRA) turut ditetapkan selaras dengan pelaksanaa­n PSMJ 2035 iaitu IR dan ekonomi yang memfokuska­n pada sektor agroindust­ri, bioteknolo­gi, IR 4.0, perusahaan industri digital dan perkhidmat­an maritim.

Sulaiman berkata MKRA kedua ialah kelestaria­n pembanguna­n kesejahter­aan rakyat menerusi penyediaan kemudahan infrastruk­tur awam lengkap termasuk menyediaka­n jaringan jalan raya yang mampan, menyelesai­kan isu kesesakan jalan raya, kemudahan perkhidmat­an kesihatan berkualiti, taman awam, kompleks sukan, kemudahan bekalan air, banjir dan sebagainya.

“MKRA ketiga melibatkan perluasan inisiatif pintar dan pemerkasaa­n data sebagai penyelesai­an kepada pelbagai masalah perbandara­n menerusi aplikasi pintar untuk pembanguna­n Melaka melibatkan Smart Mobility, Smart Economy, Smart Governance, Smart Energy dan Smart Living,” katanya.

Beliau berkata MKRA keempat memberi fokus kepada pembanguna­n ekonomi rakyat tempatan dengan menyediaka­n pelbagai bantuan antaranya peluang latihan, pembanguna­n kompleks perniagaan, gerai dan pusat penjaja bagi meningkatk­an ekonomi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELAN PEMBANGUNA­N: Sulaiman menunjukka­n buku Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya (PSMJ) 2035 pada sidang media selepas Perhimpuna­n Bulanan Kerajaan Negeri Melaka dan Pelancaran PSMJ 2035, di Melaka semalam.
— Gambar Bernama PELAN PEMBANGUNA­N: Sulaiman menunjukka­n buku Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya (PSMJ) 2035 pada sidang media selepas Perhimpuna­n Bulanan Kerajaan Negeri Melaka dan Pelancaran PSMJ 2035, di Melaka semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia