Utusan Borneo (Sabah)

Vaksin: Isu memotong giliran ditangani

Janji temu penerima vaksin tidak tersenarai dalam fasa pertama dibatalkan: Khairy

-

PUTRAJAYA: Janji temu mereka yang tidak tersenarai dalam fasa pertama penerima vaksin COVID-19 telah dibatalkan susulan aduan pemberi maklumat berkaitan isu memotong giliran, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Menurut beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi kira-kira 200 aduan telah diterima berkaitan isu memotong giliran senarai penerima vaksin setakat ini dan dalam satu aduan pada 4 Mac, terdapat juga senarai mereka yang tidak tergolong dalam fasa pertama.

“Apabila saya semak jawapan yang diberi, mereka sudah selesai beri suntikan kepada barisan hadapan kesihatan maka mereka tambah individu daripada agensi yang tidak tersenarai dalam fasa pertama.

“Atas aduan tersebut kita telah membatalka­n semua janji temu daripada mereka yang tidak tersenarai dalam fasa pertama,” katanya pada sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai perkembang­an Program Imunisasi COVID-19

Kebangsaan, di sini semalam.

Khairy berkata antara aduan yang turut diterima ialah berkaitan staf bahagian kecemasan hospital yang tidak tersenarai sebagai penerima fasa pertama, namun isu itu telah diperbetul­kan.

“Sistem whistle-blower (pemberi maklumat) ini memberi kesan dan membolehka­n kerajaan membuat pembetulan kepada beberapa insiden,” katanya.

Khairy berkata beliau telah mengarahka­n dos-dos yang sepatutnya diberikan kepada barisan hadapan namun dirancang diberikan kepada mereka yang tidak tersenarai sebagai barisan hadapan, diagihkan semula ke kawasan yang belum selesai proses vaksinasi bagi barisan hadapan.

Mengenai perkembang­an Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan, Khairy berkata seramai 139,720 orang telah diberi vaksin dos pertama jenis PfizerBioN­Tech.

Seramai 3,832,976 orang telah mendaftar untuk program imunisasi itu, dengan 3,658,538 daripadany­a mendaftar melalui aplikasi MySejahter­a, 173,575 melalui laman sesawang vaksincovi­d. gov.my dan 863 melalui talian penting, katanya.

Lima negeri mencatat vaksinasi tertinggi iaitu Sarawak dengan 22,140 orang, diikuti Pahang (14,473), Selangor (12,336), Kelantan (11,927) dan Sabah (11,739).

“Pendaftara­n akan terus meningkat dan kita sasar lima juta pendaftara­n dalam dua minggu lagi terutama pendaftara­n tanggungan dalam aplikasi MySejahter­a dilancarka­n pada 12 Mac ini, yang membolehka­n anak-anak mendaftark­an ibu bapa mereka yang tidak mempunyai MySejahter­a bagi penerimaan vaksin,” katanya.

Khairy berkata satu taklimat akan dibuat kepada seluruh Ahli Parlimen mengenai Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan.

“Soal tarikh dan tempat akan saya susun dengan mereka supaya dapat diberikan taklimat kepada semua ‘backbenche­rs’. Mungkin dibahagika­n ‘backbenche­rs’ pembangkan­g selepas itu ‘backbenche­rs’ kerajaan pada hari yang sama,” katanya. — Bernama

Apabila saya semak jawapan yang diberi, mereka sudah selesai beri suntikan kepada barisan hadapan kesihatan maka mereka tambah individu daripada agensi yang tidak tersenarai dalam ” fasa pertama. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin

 ?? — Gambar Bernama ?? BERUCAP: Khairy ketika sidang media mengenai perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan selepas mempengeru­sikan mesyuarat bersama Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama BERUCAP: Khairy ketika sidang media mengenai perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan selepas mempengeru­sikan mesyuarat bersama Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia