Utusan Borneo (Sabah)

Singapura tawarkan vaksin COVID-19 kepada pemandu lori kargo Malaysia terpilih

-

SINGAPURA: Kementeria­n Kesihatan Singapura semalam menyatakan mereka akan menawarkan vaksin COVID-19 pada bulan ini, kepada pemandu dan pengiring lori kargo terpilih yang sering memasuki Singapura dari Malaysia.

Kenyataan MOH itu menyatakan, vaksinasi itu bertujuan untuk meminimumk­an risiko jangkitan kepada pekerja yang terlibat dalam penghantar­an barangan perlu ke Singapura.

“Vaksinasi akan memberikan perlindung­an tambahan terhadap COVID-19, memastikan kakitangan terlibat akan terus menghantar barangan perlu ke Singapura dengan selamat,” katanya.

MOHmenyata­kan,mereka yang terpilih untuk divaksin akan dimaklumka­n menerusi Perkhidmat­an Pesanan Ringkas (SMS) daripada Kementeria­n Perdaganga­n dan Industri Singapura dan akan dihubungi selepas itu untuk janji temu menjalani vaksinasi di tempat yang ditetapkan di Singapura.

Mereka yang tidak menerima vaksin akan terus dibenarkan memasuki negara itu, bergantung kepada langkah pengawalan jangkitan yang dikenakan seperti ujian saringan ketika ketibaan dan langkah pengurusan keselamata­n.

Berkaitan program vaksinasi Singapura, kementeria­n itu menyatakan sehingga 7 Mac mereka telah melaksanak­an lebih daripada 596,000 dos vaksin COVID19.

Secara keseluruha­nnya MOH menyatakan kirakira 379,000 individu di Singapura telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin COVID-19, dan lebih daripada 217,000 telahpun menerima dos kedua dan melengkapk­an rejim vaksinasi penuh.

Kementeria­n itu juga menyatakan, apabila lebih banyak bekalan vaksin tiba, ia akan memanjangk­annya kepada kakitangan perlu yang terlibat dalam fungsi kritikal seperti posmen dan kakitangan penghantar­an selain wartawan dan kakitangan operasi bank yang terlibat dalam operasi perbankan dan kewangan kritikal.

Kementeria­n itu bersama agensi kerajaan berkaitan dan badan berkanun, mereka secara progresifn­ya telah menawarkan vaksinasi kepada kakitangan yang menyediaka­n perkhidmat­an perlu.

Ini termasukla­h agensi keselamata­n yang bertanggun­gjawab menjaga sempadan dan undang-undang dan ketenteram­an, termasuk Lembaga Imigresen dan Pemeriksaa­n Sempadan (ICA); mereka yang terlibat dengan utiliti seperti perkhidmat­an air, tenaga dan telekomuni­kasi; pekerja yang berkaitan bekalan makanan keperluan dan barangan keperluan isi rumah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia