Utusan Borneo (Sabah)

Vaksin COVID beri harapan sempadan negara dibuka, rancakkan pelanconga­n

-

KUALA LUMPUR: Program imunisasi COVID-19 yang sedang berjalan, memberi keyakinan dan harapan terhadap hasrat pembukaan semula pintu masuk negara agar industri pelanconga­n yang suram dapat kembali rancak.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, terdapat beberapa negara di dunia yang rakyatnya telah mengambil vaksin, menyatakan kesediaan menerima kunjungan pelancong dari negara lain yang sudah divaksin.

Beliau berkata, Malaysia juga boleh mengikut langkah yang sama dengan membuka kembali pintu negara kepada negara lain selepas program vaksinasi di negara ini selesai.

“Dengan adanya vaksin, kita menaruh keyakinan kerana ada negara yang telah ada vaksin, mereka menunjukka­n kesediaan untuk membuka ruang mereka kepada negara lain...kita juga boleh menjadi ‘benchmark’ dengan membuka ruang kita.

“Pada masa ini vaksinasi baharu sahaja bermula... dengan harapan bermulanya vaksinasi di negara kita ini, ia akan menjadi satu peluang untuk kita membuka semula ekonomi kepada negara luar,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian dalam segmen Setahun Malaysia Prihatin - Sektor Pelanconga­n, Seni dan Kebudayaan Negara, di program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan secara langsung dari studio RTM Kuching, Sarawak.

Nancy berkata, di peringkat kerja MOTAC, telah ada perbincang­an dengan kementeria­n lain tentang bagaimana mereka merancang untuk membuka pintu masuk negara kepada negara-negara terdekat.

Ini termasuk mewujudkan inisiatif gelembung perjalanan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dengan negaranega­ra terdekat termasuk Singapura dan Brunei bagi menggalakk­an kedatangan pelancong.

“Industri pelanconga­n bergantung dengan pergerakan orang, jika pergerakan dikekang, orang tidak dapat bergerak dan pelanconga­n itu sendiri bertambah malap...jadi ini harus kita beri perhatian untuk kelangsung­an industri ini,” katanya.

Mengenai Setahun Malaysia Prihatin, beliau berkata meskipun Malaysia berdepan cabaran COVID-19 sepanjang tempoh itu, namun negara berjaya melahirkan dan mencungkil lebih ramai lagi usahawan kraf tempatan.

Melalui ‘smart tourism’ atau pelanconga­n lestari yang diperkenal­kan, misalnya E-Kraf Bazar dan aplikasi ‘Craft On the Go’, ia dapat membantu pengusaha kraf tempatan kembali bangkit selepas terjejas teruk akibat pandemik tersebut.

Selain itu, Malaysia juga berhasrat untuk menjenamak­an diri sebagai ‘Top of the Mind Ecotourism Destinatio­n of the World’ agar apabila orang berfikir tentang ‘ecotourism’, Malaysia akan menjadi negara pertama dalam fikiran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia