Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak merekodkan satu lagi kematian akibat COVID-19

-

KUCHING: Sarawak semalam merekodkan satu lagi kes kematian melibatkan jangkitan COVID-19 yang sekali gus menjadikan jumlah keseluruha­n kematian meningkat kepada 88 orang, setakat ini.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kes kematian ke-88 adalah melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) yang mendapat rawatan di Hospital Kapit kerana mengalami kelesuan, demam dan batuk beberapa hari lepas.

“Ujian saringan rapid test kit antigen dan rT-PCR COVID-19 terhadap mangsa yang berumur 66 tahun itu dilakukan di hospital pada 1 Mac 2021 adalah positif.

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 6 Mac 2021. Kes mempunyai ko-morbid anemia aplastic,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengenai bilangan kes positif COVID-19 semalam, JPBNS berkata sebanyak 252 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak dengan hanya 18 menunjukka­n gejala.

“Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Sibu (149), Bintulu (23), Miri (17), Subis (13), Kuching (7), Mukah (7), Betong (6), Sarikei (6), Sebauh (6), Kanowit (5), Kapit (5), Julau (2), Meradong (2), Belaga (1), Beluru (1), Samarahan (1) dan Tatau (1),” ujarnya.

Ini menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 11,348 kes.

“Hari ini juga terdapat 182 kes baharu yang pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Sibu (62), Hospital Bintulu (45), PKRC di bawah Hospital Kapit (27), Hospital Umum Sarawak (20), Hospital Sarikei (12), Hospital Miri (11), PKRC Betong (3) dan PKRC Sri Aman (2),” katanya.

Bagi kes individu disyaki (PUI), Jawatankua­sa itu berkata, seramai 252 PUI baharu dilaporkan dan tiada PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal semalam.

Manakala seramai 619 individu di bawah pengawasan (PUS) telah mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia