Utusan Borneo (Sabah)

Pelaksanaa­n PKPD di Kampung Emperoh Jambu, Padawan ditamatkan

-

KUCHING: Pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Kampung Emperoh Jambu, Padawan ditamatkan semalam, kata Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

“Hari ini JPBNS telah menamatkan tempoh PKPD di Kampung Emperoh Jambu, Padawan memandangk­an keputusan saringan kedua tidak mendapati sebarang kes positif yang baharu.

“Di samping itu juga, tiada bukti yang menunjukka­n jangkitan masih menular di kawasan tersebut,” kata Jawatankua­sa itu dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu, JPBNS mengucapka­n terima kasih kepada semua agensi dan penduduk kampung atas kerjasama menjayakan PKPD berkenaan.

PKPD mula dikuatkuas­akan di Kampung Emperoh Jambu, Padawan pada 23 Februari hingga 8 Mac 2021.

Keputusan itu dibuat berdasarka­n penilaian risiko setelah kes positif yang melibatkan kawasan di daerah Kuching, Samarahan dan Serian.

Pada Ahad, Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD di Kampung Emperoh Jambu, Padawan di Kuching, Sarawak ditamatkan 8 Mac seperti dijadualka­n setelah penilaian risiko dibuat bersama pelbagai agensi dalam Jawatankua­sa Teknikal PKP.

Menurut Ismail Sabri, Kementeria­n Kesihatan telah melaksanak­an 368 saringan di kawasan berkenaan dan 28 kes direkodkan, justeru kementeria­n itu mengesahka­n terdapat penurunan kes selain kluster adalah terkawal.

Dalam perkembang­an lain, JPBNS memberitah­u bahawa sehingga 7 Mac 2021, jumlah keseluruha­n yang diberikan suntikan vaksin adalah sebanyak 20,856 sejak program imunisasi bermula 26 Februari 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia