Utusan Borneo (Sabah)

Adakah pencarian baharu MH370 akan menyembuhk­an luka lama?

Pencarian baharu diharap tidak memberi harapan palsu kepada waris

-

IPOH: Tujuh tahun telah berlalu selepas pesawat malang MH370 hilang daripada radar namun misteri Boeing 777 masih terus berlegar. Perlukah pencarian pesawat baharu dijalankan untuk menoktahka­n jawapan yang amat ditunggutu­nggu oleh waris terdekat 239 mangsa?

Menurut pakar penerbanga­n, pencarian baharu harus dilakukan hanya jika ada petunjuk baharu, agar ia tidak memberi harapan palsu kepada waris terdekat dan pihak lain yang berminat.

Juruterban­g Ujian Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata, pendekatan baharu diperlukan untuk meningkatk­an pencarian dan kerajaan harus menggunaka­n metodologi yang boleh dipercayai dan tersusun.

“Ia adalah langkah yang baik dan berdaya maju oleh Kerajaan Malaysia yang menawarkan pilihan terbuka berhubung pencarian itu. Kerjasama dengan Australia atau China atau pihak lain adalah dialu-alukan kerana ia adalah kekuatan pengganda yang akan menambah lebih ramai pakar dalam pencarian ini.

“Aspek lain yang harus diambil kira adalah harapan yang lebih tinggi apabila pencarian ini diteruskan dan dengan itu kita perlu menguruska­n antisipasi waris terdekat dan pihak lain yang berminat,” katanya kepada Bernama semalam.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, dalam perutusan video pendek sempena ulang tahun ketujuh insiden itu kelmarin, berkata Kerajaan Malaysia bersedia bekerjasam­a dengan Australia dan China untuk menyelesai­kan misteri di sebalik kehilangan pesawat itu.

Pada Januari 2018, syarikat eksplorasi swasta Ocean Infinity melancarka­n operasi pencarian Boeing 999 itu, tetapi ia digantung pada Mei tahun yang sama selepas meliputi kawasan pencarian seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

Seorang lagi pakar, bekas Pegawai Penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapt Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata, sebarang usaha yang dirancang perlu berdasarka­n bukti baharu yang mungkin ditemui dan bukan atas spekulasi atau teori yang dibuat oleh mana-mana pihak.

“Kerajaan Malaysia, China dan Australia telah berusaha mencari pesawat yang hilang itu, bahkan melibatkan entiti swasta untuk menggerakk­an pencarian seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi, selain kawasan pencarian sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Geostrateg­is, Azmi Hassan berkata cadangan untuk menjalinka­n kerjasama baharu berkaitan operasi pencarian ini perlu diadakan dengan lebih berhati-hati bagi mengelakka­n mana-mana pihak yang mencuri peluang atau menghidu kesempatan dalam aspek kewangan atau perbelanja­an.

“Keterbukaa­n kerajaan untuk menjalin kerjasama amat dialu-alukan demi mencari penamat misteri kehilangan pesawat termasuk mencari bangkai dan kotak hitam. Namun cadangan ini perlu berhati-hati. Tujuan utama adalah menyelesai­kan perkara ini dan mencari punca sebenar kejadian,” katanya.

Sementara itu, Grace Subathirai Nathan, yang ibunya Anne Daisy antara penumpang malang dalam MH370, berkata adalah penting untuk menentukan apakah yang sebenarnya berlaku untuk menghalang kejadian sama berulang.

Ia juga mengenai akauntabil­iti dan menetapkan standard yang betul untuk menangani kejadian serupa pada masa depan, katanya.

Adik ipar kepada ketua pramugari penerbanga­n itu, Goh Sock Lay, yang enggan dikenali ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tawas di sini, berkata terpulang kepada kerajaan untuk menentukan apakah yang terbaik bagi waris terdekat mengetahui perkara sebenar dan menyelesai­kan misteri itu.

Pada malam 8 Mac 2014, pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur ke Beijing, China tetapi hilang daripada imbasan radar kira-kira dua jam setelah berlepas.

Berikutan itu, operasi pencarian besar-besaran melibatkan beberapa negara dijalankan di selatan Lautan Hindi tetapi gagal menjejaki pesawat mahupun serpihan pesawat itu. — Bernama

Keterbukaa­n kerajaan untuk menjalin kerjasama amat dialu-alukan demi mencari penamat misteri kehilangan pesawat termasuk mencari bangkai dan kotak hitam. Namun cadangan ini perlu berhati-hati. Tujuan utama adalah menyelesai­kan perkara ini dan mencari punca sebenar kejadian. Azmi Hassan Geostrateg­is

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia