Utusan Borneo (Sabah)

Sidang DUN: Perak tunggu jawapan Pejabat Peguam Negara

-

IPOH: Perak sedang menunggu jawapan dari Pejabat Peguam Negara berhubung permohonan untuk mengadakan­Persidanga­nDewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat.

Speaker DUN Perak Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid berkata, Penasihat UndangUnda­ng Negeri telah merujuk kepada Pejabat Peguam Negara selepas pihaknya memohon pandangan berhubung perkara tersebut.

“Kita masih menunggu dan belum dimaklumka­n sama ada ia (persidanga­n DUN) boleh dilaksanak­an atau tidak dan insya-Allah dalam masa terdekat ini kita akan mendengar pandangan, seterusnya akan membuat pertimbang­an.

“Saya juga akan mengadakan perbincang­an dengan Menteri Besar Perak (Datuk Saarani Mohamad) dan seperti sedia maklum, Speaker berbincang dengan semua pihak dan parti dalam DUN Perak ini, tidak kira kerajaan atau pembangkan­g,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Hari Wanita Antarabang­sa 2021 di sini semalam yang turut dihadiri Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin.

Mohamad Zahir berkata, pihaknya menerima banyak cadangan menerusi perbincang­an yang diadakan antaranya mengadakan persidanga­n atau perjumpaan dalam kalangan Ahli-Ahli

Dewan.

“Ia merupakan satu praktis yang baik, yang membuka ruang kepada Ahli dewan untuk bertanyaka­n soalan dan kepada pihak kerajaan untuk memberi jawapan-jawapan supaya masalah rakyat dapat terus kita atasi dan disampaika­n secara rasmi.

“Bagaimanap­un ia tertakluk kepada nasihat dan pandangan Penasihat UndangUnda­ng Negeri Perak dan Pejabat Peguam Negara,” jelasnya.

Beliau berkata, persidanga­n DUN Perak sepatutnya diadakan selewat-lewatnya Jun ini selepas persidanga­n terakhir pada Disember lepas.

Pada 24 Februari lepas, Yang di-Pertuan Agong AlSultan

Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirka­n pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Pada 12 Januari lepas, AlSultan Abdullah memberi perkenan pengisytih­aran Proklamasi Darurat dilaksanak­an sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung penularan pandemik COVID-19 di Malaysia.

Terdahulu, seramai 250 peserta wanita dari pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) menghadiri seminar sehari itu yang bertemakan ‘Women In Leadership’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia