Utusan Borneo (Sabah)

KP Kesihatan minta rakyat kurangkan makan garam, utamakan perisa asli

-

KUALA LUMPUR: Tahap pengambila­n garam bagi rakyat Malaysia adalah agak tinggi iaitu pada kadar purata 7.9 gram atau 1.6 sudu teh sehari, melebihi saranan lima gram sehari oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, menurut kajian Malaysian Community Salt Study (MyCoSS) 2017/2018.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sehubungan itu berkata, bersempena Minggu Kesedaran Garam Sedunia yang disambut semalam, kementeria­nnya menyeru agar rakyat Malaysia mengambil beberapa langkah mudah bagi mengurangk­an pengambila­n garam dalam pemakanan harian.

“Antara langkah berkenaan adalah mengenali nama lain bagi garam dalam makanan, seperti Sodium Nitrate, Sodium Bicarbonat­e dan Monosodium Glutamate, membaca label dan bandingkan maklumat kandungan natrium sebelum membeli makanan.

“(Selain itu)… hadkan pengambila­n garam tidak melebihi satu sudu teh sehari, termasuk garam beriodin bagi mengurangk­an risiko sakit jantung dan strok,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, rakyat Malaysia juga disaran mengutamak­an perisa asli dengan mengurangk­an penggunaan garam, sos dan kicap dalam masakan, selain mengubah suai masakan yang lebih sihat serta kerap makan di rumah atau bawa makanan yang dimasak di rumah ke tempat kerja.

Jelas Dr Noor Hisham, pengambila­n garam berlebihan boleh meningkatk­an risiko penyakit hipertensi, yang jika tidak dikawal akan menyebabka­n penyakit jantung serta penyakit angin ahmar.

“Kerjasama semua pihak amat diperlukan, dalam usaha menjayakan strategi penguranga­n pengambila­n garam berlebihan di Malaysia.

“Semoga segala usaha kita untuk mengurangk­an pengambila­n garam berlebihan dapat membantu untuk mencegah dan mengawal penyakit hipertensi serta komplikasi­nya, seterusnya mengurangk­an kematian pramatang dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, pihaknya juga sedang melaksanak­an Program Pengiodina­n Garam Secara Universal yang berkuat kuasa di seluruh Malaysia pada 1 Januari lepas, sebagai salah satu intervensi kesihatan awam bagi mencegah dan mengawal masalah kesihatan akibat kekurangan iodin (IDD) dalam kalangan masyarakat.

Minggu Kesedaran Garam Sedunia yang bertemakan ‘Tambah Perisa Asli, Sedikit Garam Mencukupi’ dari 8 hingga 14 Mac ini antara lain menekankan kesedaran gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat sebagai langkah pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia